Assalamualaikum semua~
Seperti yang korang semua sedia dan tak sedia maklum, teyn ni kan student unimas a.k.a Universiti Malaysia Sarawak (wuuu sian kan kene blaja jauh2).
So, Teyn dapat la voucher buku 1 Malaysia RM200 tu~ hahaha (haip haip, jangan mintak teyn blanje korang)
pinjam abe google punye
Jadi smalam Teyn jenjalan kat Alamanda, trus pegi shopping sikit kat MPH (shopping sikit je, x byk pon~)
Nak tengok ke ape yang Teyn beli habiskan duit kerajaan ni?? Tapi smalam Teyn beli Rm50 je, saving2 voucher tu kot2 nanti ada buku lain yg perlu nak beli. Huhuhuhu.
Nah tengok ni!
sila hiraukan gmba hello kitty menyemak di blakang tu, fokus pada buku je ye =.="
Jadi, daripada RM50 Teyn dapat beli 4 item (pembeli bijak x Teyn ni? hehe). Teyn beli 'buku rich dad,poor dad', buku cari kata, komik maid maiden dan sebatang pen.
Sebenarnya motif pegi MPH smalam memang nak cari buku 'rich dad, poor dad' tu. Dah lame sangat teringin nak beli buku tu tapi xde duit (wuuuu sadis T_T). Buku ni pasal pengurusan kewangan. Tagline kat buku ni pon menarik: 'What the rich teach their kids about money- That the poor and middle class do not!' (Kelassss kau maria! haha). Korang nak bace jugak? beli la RM31.50 je hihihi, tak pon boleh pinjam kat Teyn bila Teyn dah habis baca nanti.
Haizz pasal komik 'Maid Maiden' tu. Sorrylah teyn terpaksa beli sebab nk cukupkan RM50 tu. Mula2 Teyn nk beli majalah tapi org MPH tu kata xboleh. Teyn terpikir la, beli komik boleh, beli majalah x boleh, apelah bezanya? Kan better kalau boleh beli majalah at least ade latest issue kan kan... komik ape ade? kartun je =.="
Ok dah tu je nak membebel haha tapi haip haip jangan lupe pesanan penaja (penaja la sgt=.=")
Teyn join contest, tolonglah LIKE bagi Teyn menang wuuuu (nak kawennn haha)
1) Memula pegi kat sini page POH KONG ni dan scroll turun ke bawah skali ye~
2) Pegi ke page ke-2
3) Lepastu tekan LIKE macam kat gamba bawah ni okayyy, pastu confirm LIKE korang tu ye. TQ :)
Oh ye oh ye jgn lupe jugak vote blog teyn ni untuk Social Media Awards 2012 dalam category 'Upcoming Blogger of the Year' okay... makasih, sayang korang semua!
Macehh Sudi Baca ^____^