*Ehem ehem* Assalamualaikum semua!!!!!!!!!!!!!!!!!
rindunye dkt korang semua. rindunye nak tulis belog ni. rindu tahu tak??
maap le teyn bukan sengaja nak abaikan korang mahupun meng-anak-tiri-kan belog ni tapi tapi tapi teyn bz sangat2 dan dah 14bulan 23 hari teyn bertapa cari idea nak tulih apa kat belog ni.
Okay okay, berbalik kepada bisnes Kak Ton jual jamu (back to business), Teyn ado sikit tips ni untuk korang yang nak saving duit untuk di kirim dekat mak kat kampung mahupun sengaja2 nak simpan buat perhiasan.
|
*pinjam pokcik google punye* harap maap gambar kurang sopan, ade najis mughallazah, pas ni samak ye (-_-') |
Part pertama (Kenderaan)
1. Abam2 akak2 yg kontrol macho naik kreta cc besar tu tukar la kreta cc kecil ye (mcm kancil dan viva yg kiut miut)
2. Dah ade kancil? Haha ape lagi kalau nak save tuka pakai moto lah jawapnye
3. Yang naik moto tu bleh la tuka naik basikal ke menunggang kuda ke.. mana2 yg korang sukalah..
4. Kalau rasa malu nak tunggang kuda atau lembu, lebih baik jalan kaki.. jangan lupe bawak payung ye
5. Bila kepala lutut dah longgar berjalan kaki, boleh la buat muka tak segan tumpang Cik Yah jiran sebelah rumah atau member korang
6. Agak2 muka dah tebal ari2 tumpang org, sila beli kreta, lagi besar cc lagi hebakkk. Dan ulang kembali dari no 1.
Part Kedua (Elektrik)
1. Buat bodo je bila bill sampai, xyah bayar biar kena potong, lepas tu xpayah bayar bil lagi :D
2. Segala barang eletrik kat umah korang, korang jual je. Jadi dah takde alasan korang perlu pakai eletrik.
3. Buat aktiviti malam (haip jgn pikir yg bukan2) dkt tempat awam sebab tempat awam lampu dia terang. Contohnya nak lipat kain, kat umah mmg xdpt lipat kain sbb gelap, jadi bawaklah segala baju2 yg dah dibasuh tu ke Dataran Masjid Putrajaya yg terang tu dan lipatlah sepuas hati kat situ.
4. Henpon habis bateri? rilek.. pegi je charge kat mana2 tempat yg ada soket macam kat hospital, opis, balai polis pon boleh.. kerajaan tolong bayarkan bil eletrik untuk anda haha..
5. Nak tengok Mentor kat TV3? buat je lagi muka tak segan tengok kat rumah jiran. Nak lebih stylo, pegi tengok kat kedai mamak, tv LCD lagi. Tapi order la air suam untuk cover macho.
6. Kalau tak sanggup dipersilakan bayar bil eletrik anda.
Part Ketiga (Makanan)
1. Tanam tanaman yg boleh dimakan sekeliling rumah anda
2. Guna dapur kayu atau minyak tanah untuk memasak. Kalau makan mentah pon stylo jugak, ala2 org jepun makan sushi gitu..
3. Yang slalu makan beras siam tu cuba try ubi kayu pulak. ubi kayu boleh tanam sekeliling umah. ubi kayu tu leh buat masak mcm2; bingka ke, rebus ke, bbq ke, 3 rasa ke.. haha
4. Schedule appoinment meeting kat opis korang, pastikan ada jamuan. Kalau takde jamuan tak payah pegi.
5. Makan je nasik lemak RM1 setiap hari. Sehari baru RM3 je.. save kan.
Selamat mencuba! Hehehehehehehe