Thursday, February 27, 2014

Nuffnang Sayang Saya!

Assalamualaikum..
First skali saya nak ucapkan Alhamdulillah sebab... sebab Nuffnang sayang saya! Hehehe..
Apahal pulak Nuffnang sayang ko?
Haaa ni sebab dia~


Ada 4 CPUV tengah running kat blog Teyn sekarang ni! Macam terkejut je tetiba banyak plak.. hehehe
Sebab Teyn kan baru aktif balik berbelog 2 minggu yang lepas, tiba2 dapat CPUV banyak cmni, tanjat gegirl!
Mungkin sebab nuffnang kesian kot kat belog Teyn yang dah tua ni, umur dah almost 4tahun dah belog ni hehe..

Alhamdulillah sangat2.. siapa nak bagi duit free2 camtu kan.. tambah pulak Teyn dapat SALES and BONUS Shaklee.. Nanti makin cepat la Teyn dapat kawin! ngehngehngeh

Bagi yang belum pasang nuffnang/apa2 iklan kat belog, pasanglah.. macam org kata :'alang2 berbelog, biar sampai dapat duit!' hehehe.

Bagi yang nak berminat nak berbisnes dan JOIN Shaklee, jangan simpan dalam hati. Cerita kat Teyn ye. Kita buat sama2 sampai berjaya!

Sms/Whatsapp Teyn 0174624283

Wednesday, February 26, 2014

5 Sebab Utama Berat Badan Anda Tak Turun Semasa Diet


1. Anda skip BREAKFAST
Breakfast tu penting!! Kajian menunjukkan bahawa kalau korang tak makan breakfast, korang akan makan lebih banyak time lunch and dinner..
Pernah dengar kan quotes ni 'Breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar'.

2. Banyak kali makan dalam sehari
Kalau boleh stick dengan jadual breakfast, lunch and dinner je. Yang minum pagi, minum petang and supper tu tak payah laaa menambahkan lemak2 je.. kalau lapar jugak boleh makan tapi ambik yang ringan2 je, jangan time breakfast tu makan nasi lemak, minum pagi makan mee goreng pulak...huhuhu

3. Diet tinggi Karbohidrat macam NASI
Karbohidrat ditukarkan kepada lemak sekiranya diambil berlebihan. Jadi kurangkan nasi dan ambil lebih byk protein supaya otot terpelihara semasa lemak dibakar. Contohnya, ambil nasi sedikit je tapi lauk banyak..

4. Tak bersenam langsung
Kalau kurang bersenam takpe, ni tak bersenam langsung.. ala bersenam yang ala ringan2 je.. mcm parking kereta jauh sikit, jalan kaki la.. naik tangga ke..

5. Makan salad
Makan salad? Apa salahnya makan salad? Sihat tu.. Tak salah makan salad tapi salah kalau korang suka nak letak mayonis n sos thousand island banyak2 kat salad tu.. banyak lemak tu, macam mane nak kurus..


So, dengan ini saya nak mencadangkan anda SET KURUS BAJET SHAKLEE!
Yang terdiri daripada Alfalfa Complex dan Lecithin


Memang sangat berkesan dan yang penting, tak menyebabkan anda asyik nak ke TOILET macam ubat2 kurus yang ada di pasaran haha...

Kalau anda berminat nak cuba

SMS/Whatsapp 0174624283
-Fathin Jutawan Cantik-

Ok bye..

Friday, February 21, 2014

Kisah Doa Termakbul

Assalamualakum dan salam jumaat!
Sempena hari jumaat ni Teyn nak share sebuah cerita, tajuk dia 'kisah doa termakbul'


KISAH SEORANG ABANG DAN ADIK. 
KEDUA-DUANYA ANAK YATIM MISKIN.
MEREKA MENGINAP DI RUMAH PUSAKA PENINGGALAN. KEDUA IBU BAPA MEREKA ADALAH HAMBA ALLAH YANG SOLEH.


SI ABANG, SABAN HARI BERDOA AGAR ALLAH MENGUBAH NASIB HIDUPNYA. 
DIA MEMINTA DIPERTEMUKAN DENGAN ISTERI YANG CANTIK LAGI KAYA.
DAN MEMINTA KEPADA ALLAH AGAR DIRINYA KAYA RAYA HIDUP MEWAH.

SI ADIK PULA,
BUTA HURUF. TIDAK SEPERTI ABANGNYA,
DIA MEMBACA DOA PUN DENGAN MELIHAT KERTAS TERINSUT-INSUT MEMBACA.
SEBELUM BAPANYA MATI, DIA PERNAH MEMINTA BAPANYA MENULIS SESUATU DI ATAS KERTAS,
DAN KERTAS ITU SERING DIPEGANGNYA SETIAP KALI BERDOA.

DIPENDEKKAN CERITA, AKHIRNYA,
ALLAH MEMPERTEMUKAN SEORANG PEREMPUAN YANG CANTIK LAGI KAYA DENGAN ABANGNYA,
LANTAS BERKAHWIN.
SI ABANG SEPERTI MENDAPAT DURIAN RUNTUH DAN KEHIDUPANNYA TERUS BERUBAH.
DIA KELUAR DARI RUMAH PUSAKA,
DAN MENINGGALKAN ADIKNYA.

SI ABANG AKHIRNYA KAYA RAYA, MALAH TERUS KAYA APABILA DIA MEMASUKI MEDAN BISNES.
DIA SUDAH MULA ALPA DENGAN ALLAH,
MELEWAT-LEWATKAN SOLAT, JARANG MEMBACA AL-QURAN, TAPI TIDAK PERNAH LALAI UNTUK MEMINTA KEKAYAAN DARIPADA ALLAH.
KALAU MASUK DALAM BAB PERNIAGAAN, KEKAYAAN DUNIA, MAKA BERBONDONG-BONDONG DOANYA KEPADA ALLAH.

DAN AJAIBNYA, ALLAH BERI APA YANG DIA MINTA.
SI ABANG RASA DIA ISTIMEWA.

SI ADIK PULA, HIDUPNYA TIDAK BERUBAH.
DIA MASIH SEORANG SEDERHANA,
DENGAN KELEMAHANNYA SEBAGAI SEORANG BUTA HURUF,
DIA HANNYA MENDAPAT KERJAYA SEDERHANA,
TERUS MENJAGA RUMAH PUSAKA.

SI ADIK, JUGA RAJIN BERDOA.
SI ABANG TAHU, SI ADIK RAJIN BERDOA.
TAPI SI ABANG MELIHAT, HIDUP ADIKNYA TIDAK BERUBAH-UBAH.

LANTAS SATU HARI, KETIKA SI ABANG MENZIARAHI ADIKNYA,
SI ABANG BERKATA DENGAN RIAK:
“KAU KENA BERDOA KUAT LAGI.
TENGOK AKU, BERDOA JE ALLAH MAKBULKAN.
KAU NI TAK CUKUP HAMPIR DENGAN ALLAH NI.
BERDOA PUN MASIH TENGOK-TENGOK KERTAS. TAK CUKUP HEBAT.”

SI ADIK TERSENYUM SAHAJA.
SUKA ABANGNYA MENEGUR KERANA PADANYA,
TEGURAN ABANG AMAT BERMAKNA.

SI ADIK TERUS HIDUP SEDERHANA,
DI DALAM RUMAH PUSAKA, DENGAN DOA MELIHAT KERTAS SABAN HARI,
DAN KEHIDUPANNYA TETAP TIDAK BERUBAH.
TIDAK MENJADI KAYA SEPERTI ABANG.

DITAKDIRKAN,
SI ADIK MENINGGAL DUNIA. KETIKA SI ABANG MENGEMAS-KEMAS RUMAH PUSAKA,
DIA BERJUMPA SATU KERTAS. KERTAS ITU ADALAH KERTAS YANG ADIKNYA SERING PEGANG KETIKA BERDOA.
SI ABANG MENANGIS TERESAK-ESAK APABILA MEMBACA KERTAS KECIL ITU.
KERTAS ITU TERTULIS:
“YA ALLAH, MAKBULKAN LAH SEGALA DOA ABANG AKU”

MASYAALLAH… KEBESARA ILLAHI.
SI ABANG MULA MEMBANDINGKAN DIRINYA DENGAN ADIKNYA.
ADIKNYA KEKAL TAAT KEPADA ALLAH DAN TIDAK MERINGAN-RINGANKAN URUSANNYA DENGAN ALLAH SWT.
ADIKNYA, SEDIKIT PUN TIDAK MEMINTA DUNIA KEPADA ALLAH,
MALAH TIDAK MEMINTA APA-APA UNTUK DIRINYA.
TETAPI ADIKNYA MEMINTA AGAR SEGALA DOA SI ABANG DIMAKBULKAN.
SI ABANG, TIDAK PERNAH SEDIKIT PUN MENDOAKAN SI ADIK.

SI ABANG MULA TERSEDAR,
RUPANYA,
BUKAN DOA DIA YANG MAKBUL. TETAPI DOA ADIKNYA TELAH DITERIMA DAN DI MAKBUL OLEH ALLAH SWT.

CERITA INI MERUNTUN HATI SAYA,
DAN BUAT SAYA SENTIASA BERFIKIR PANJANG.

KADANG-KADANG KITA, BILA ALLAH REALISASIKAN HAJAT KITA,
KITA SUKA MENGIMBAU USAHA-USAHA KITA.
"AKU BUAT BEGINILAH YANG JADI BEGINI."
"DOA AKU MAKBUL!"
"AKU NI MEMANG ALLAH SAYANG. TENGOK, SEMUA BENDA ALLAH BAGI. AKU MINTA JE PUN."
TANPA SEDAR KITA BONGKAK. TAKABBUR.

SEDANGKAN,
KITA TAK TAHU, MUNGKIN YANG MAKBUL ITU ADALAH DOA IBU BAPA KITA,
DOA ADIK BERADIK KITA,
DOA SAHABAT-SAHABAT KITA.
BUKANNYA DOA KITA.

CERITA ITU SANGAT MENYENTUH HATI SAYA.
MEMBUATKAN SETIAP KALI SAYA BERDOA,
SAYA TIDAK LUPA MENDOAKAN IBU BAPA SAYA,
GURU-GURU SAYA, KELUARGA SAYA,
ADIK BERADIK SAYA, SAHABAT-SAHABAT KARIB SAYA,
YANG TERAMAT AKRAB.
SAYA SEBUTKAN NAMANYA AGAR LEBIH MERASAI BAHAWA SAYA MEMERLUKAN MEREKA MENDOAKAN SAYA JUGA.

KITA INI BANYAK DOSA. TERHIJAB.
MUNGKIN DOA ORANG LAIN YANG LEBIH BERSIH HATINYA,
LEBIH SUCI JIWANYA YANG MAKBUL,
MENYEBABKAN RAHMAT ALLAH TUMPAH PADA DIRI KITA.

SEBAB ITU JANGANLAH BERLAGAK.
JANGAN TINGGI DIRI.
JANGAN RASA DOA KITALAH YANG MAKBUL.
PULANGKAN SEMUANYA KEPADA ALLAH. 

Thursday, February 20, 2014

Say NO to MLM

Assalamualaikum..
Hari ni nak cerita pasal MLM atau Multi Level Marketing..
So skang ni memang terlalu banyak sangat sangat sangat MLM ni, dan kita pun tak tahu yang mana satu betul, yang mana scam, yang mana halal dan yang mana haram.
Masa Teyn dok merayap2 kat dalam pesbuk, Teyn terjumpa satu page ni yang Teyn rasa sangat bagus untuk kita tahu yang mana satu MLM yg tak bagus (haram/tipu/scam)..
Page tu nama dia 'Say NO to MLM'

Nak tengok page tu sila klik gambo ni~


Dulu-dulu... Teyn amat skeptikal dengan MLM. Dulu-dulu... sekarang? Hehe.. Teyn pulak jadi leader MLM. Pelik kan? MLM di Malaysia sebenarnya disalah ertikan seolah-olah semuanya skim piramid yang menganiaya downline. Itu jugalah pemahaman Teyn dulu dan MLM macam tu memang banyak kat Malaysia ni. Kalau jadi upline, sentiasa kaya, kalau jadi downline, sampai bila-bila akan meng'kaya'kan upline2 ni..

Pada tahun lepas saya join Shaklee, mula2 tak tahu pon Shaklee ni MLM tau! Menyertai Shaklee, sebab Teyn suka produk2 Shaklee. Bila kaji sistem, alhamdulillah.. MLM yang sangat adil. Walaupun upline, tapi kalau malas buat sales, memang tak kemana. Untuk Shaklee, bisnes ini berdasarkan sales. Ada 100 downlines pun kalau sales 0, memang tak dapat apa-apa. Sebab tu orang yang join Shaklee tak pernah sibuk2 nak cari downline pon. Berbeza dengan sesetengah MLM, kalau register orang, dapat imbuhan,kan? pernah tak tahu? Sebab tu kita kena tahu apa yang kita buat. Jangan masuk sebab tengok orang ramai2 masuk, tunjuk cheque dan akaun bank beribu2. Jangan! itu salah! Mana ada 'easy money' dalam dunia ni, betul tak?

Pada yang berminat nak berbisnes Shaklee online/offline, anda boleh register sebagai ahli, hanya RM75 seumur hidup.

SMS/Whatsapp Teyn
0174624283

Okay tu je, BYE!!!

Wednesday, February 19, 2014

Wordless Wednesday: Berkesan Untuk Panas Badan

Assalamualaikum..
Sekarang ni cuaca panas sangat, Teyn pun sakit tekak skarang ni dan ada rasa2 macam nak demam. Cari air barli tak jumpa, so Teyn beli je Teh Kundur Yeo's ni kat kolej. Elok untuk turunkan panas dalam dan SEDAP! Hehe

Erra Fazira Sah Bercerai

Assalamualaikum..
Hurm, artis cerai lagi? Kita maybe dah tak rasa yang berita ni sensasi atau meletops lagi.. rasa macam 'ala, biasa lah tu'.. Kadang2 rasa macam tu satu cara nak publisiti, sebab bila bercerai, lepas ni mesti masuk MELODI..

So, taknak komen banyak2 nnti terlebih plak hhihi.. Jom baca berita ni..

------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Spekulasi mengenai rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira terjawab apabila suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidil, 39, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Cerai dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin selepas kedua-dua belah pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Engku Emran sebak manakala Erra Fazira yang memakai jubah kelabu kelihatan tenang saat cerai dilafazkan pada jam 12.50 tengah hari semalam.



Mohammad Adib berkata, permohonan hak penjagaan anak diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta  lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.

"Mahkamah  turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,"katanya.

Ketika prosiding, Erra Fazira dan Engku Emran mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.

Pelakon filem Sembilu itu atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 40, diwakili oleh Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013 masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang- Undang Keluarga Selangor 2003.

Engku Emran diwakili oleh Peguam Syarie, Roslan Sujak Rafee enggan memberi komen kepada media sebaik sahaja selesai prosiding.

Sementara, pengacara Primadona yang ditemani oleh rakan baiknya, Erma Fatima dan Umie Aida, meluahkan rasa syukur apabila semuanya selesai dan berjalan dengan baik.

"Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi,"katanya ketika ditemui media.

Ketika ditanya mengenai perancangan selepas ini, dia memberitahu ingin fokus terhadap kerjayanya.

"Ia (kerjaya) menjadi fokus utama saya kini," katanya.

Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.

Sebelum mengahwini Engku Emran, Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
IKLAN

Cerita pasal cerai2 ni, Shaklee ada vitamin yang dipanggil 'Vitamin Cinta'. Eh kenapa nama vitamin tu gedik sungguh? haha. sebab vitamin ni membantu mengeratkan hubungan suami isteri.. hehe..


Peranan vitamin E kepada suami:
1. Lebih tenaga
2. Ereksi yang lebih lama
3. Lebih cepat terangsang
4. Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat

Peranan Vitamin E untuk isteri:
1. Lebih tenaga
2. Ereksi yang lebih lama
3. Lebih cepat terangsang
4. Untuk menstabilkan hubungan seks/kewanitaan terutama bagi ibu menyusu
yang mempunyai kandungan prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi

FUNGSI ALFALFA COMPLEX UNTUK SUAMI ISTERI
1. Membantu mengurangkan masalah "kering ketika bersama' 
2. Membantu mengurangkan masalah keputihan wanita, membantu memperhebatkan khazanah wanita. 
3. Membantu detoks dan membantu mengurangkan sembelit (jika ada) 
4. Membantu badan rasa ringan dan bertenaga 
5. Meningkatkan Stamina
6. Bertindak mengetat seperti kacip fatimah 


Berminat nak cuba?

SMS/Whatsapp 0174624283

Saturday, February 15, 2014

Selalu pening?

Assalamualaikum..

Pernah tak korang rasa camni: 
'tengah duduk pastu tiba2 korang bangun dan rasa pening2 macam nak terduduk balik'
'selalu letih dan tak bermaya'

Tu tandanya kemungkinan korang kurang darah merah atau nama saintifiknya, ANAEMIA.

Antara simptom/gejala Anemia adalah seperti di bawah:
  • Keletihan setiap masa
  • Pening
  • Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
  • Kulit pucat
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Kurang daya ingatan
  • Kurang berat badan
Jika Anemia sangat teruk, ia akan menyebabkan:
  • Kegagalan jantung berfungsi menjadi lemah dan tidak mencukupi
  • Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada di dalam kandungan.
Anaemia ni selalu berlaku pada kaum wanita dan ibu mengandung. Tapi kadang2 tak sedar pun yang kita ada anaemia.

So, untuk yang ada anaemia/kurang darah/bilangan darah merah rendah dan yang nak elakkan dari anaemia, saya cadangkan anda cuba supplemen Shaklee iaiu VITALEA. Vitalea ni adalah sejenis multivitamin.

Best kan? Bagus jugak untuk kesihatan menyeluruh, semuanya ada dalam satu tablet.

Berminat nak cuba?
SMS/Whatsapp 0174624283

Okay tu je la sharing saya hari ni.. BYE~~


Thursday, February 13, 2014

DOUBLE STEMCELL tak HALAL?

Assalamualaikum..
Hari ni Teyn nak share pasal Double Stemcell oleh Phytoscience yang tengah hot meletops skarang ni..
Firstly Teyn nak cakap, jangan sentap ye, saya buat post ni tak berniat nak jatuhkan sesiapa... Hanya sebagai tanggungjawab sesama muslim...



Teyn pon sebenarnya terkezut jugak lepas dapat tau.. Dulu pon ade gak teringin nak join, tapi skarang tak jadi la... Teyn dapat tau bukan dari calang2 orang, tapi dari FB Mazidul Akmal.. Tipulah kalau korang tak kenal tu siapa..

So kalau nak tengok status update pasal double stemcell tu kat SINI
Takpelah.. Teyn copy kan untuk korang ehhh~~~

----------------------------------------------------------------------

"KENYATAAN TERAKHIR MENGENAI DOUBLE STEMCELL

Baiklah. 

Berikut kenyataan saya yang terakhir mengenai produk Double Stemcell keluaran syarikat Phytoscience diasaskan oleh LAI TECK PENG.

Saya menulis mengenai produk ini di antara 20 Januari dan 7 Februari lalu. Banyak masa saya peruntukkan untuk mendedahkan maklumat tepat disalurkan oleh 3 pihak berkuasa di negara kita ini. 

Tiada imbuhan biarpun sesen sekali pun saya terima, kecuali cercaan dilontarkan oleh sebilangan makhluk bernama manusia, barangkali kepentingan mereka digugat. 

Semoga usaha ini berbaloi demi kesejahteraan semua, mereka membenci dan mereka menyukai.

RUMUSAN

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM mengesahkan produk ini TIDAK memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM sekaligus menyalahgunakan logo halal dicetak di bungkusan produk.

Sila rujuk ...

http://www.mazidulakmal.com/2014/01/produk-double-stencell-tidak-memiliki.html

Hubungi : 03 8000 8000 (Minta disambungkan kepada Pegawai Perhubungan Awam)

2. Double Stemcell TIDAK pernah mendapat kelulusan sebagai ubat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sila rujuk ...

http://www.mazidulakmal.com/2014/02/penjelasan-kementerian-kesihatan.html

Hubungi : 03-8886 4000 (Minta disambungan kepada Pegawai Perhubungan Awam)

3. Double Stemcell telah mencetak logo SIRIM secara TIDAK sah.

Sila rujuk ...

http://www.mazidulakmal.com/2014/02/status-penggunaan-logo-sirim-oleh.html

Hubungi : Tel : 603 55445021 (Minta disambungkan kepada Pegawai Perhubungan Kumpulan Korporat SIRIM)

4. Double Stemcell TIDAK pernah memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM sebelum ini. Sijil Halal didakwa tamat tempoh, tidak wujud.

5. Sehingga kenyataan ini ditulis, 3 pihak berkuasa terbabit berkata, status (1)(2)(3) dan (4) masih tidak berubah.

Justeru itu, kepada semua peniaga produk ingin terus memasarkan Double Stemcell, sila kongsikan maklumat di atas terlebih dahulu sebelum menawarkan Double Stemcell kepada pelanggan di seluruh negara.

Berikan rakyat Malaysia HAK untuk memilih dan usah sama sekali cuba untuk mengelirukan khususnya pengguna beragama ISLAM.

Saya juga dimaklumkan, Sijil Halal dikeluarkan oleh IFRC Asia TIDAK diperakui SAH oleh JAKIM. 

Sila rujuk Cik Nadia Zammil di Hub Halal JAKIM di talian 03-8892 5000 samb. 5048/Emel nadiazammil@islam.gov.my

ATAU

Ustazah Asiah Alkharib Shah, Pegawai Perhubungan Awam JAKIM di talian 03-8886 4000.

Terima kasih.

Saya hanya akan menulis kembali mengenai produk ini sekiranya terdapat sebarang kecaman melampau dilontarkan atau timbul isu lain memerlukan penjelasan demi memelihara HAK pengguna. 

Tidak perlu like, MOHON SHARE informasi ini dan sebarkan.

Hanya Allah mampu membalas jasa kalian."

---------------------------------------------------------------------------


Haaa tu lah dia... kemain panjang lebar lagi.. Teyn taknak komen lebih2 nanti ada yang sentap pulak hihi
Yang Teyn boleh kata...

"JOM beralih ke SHAKLEE yang memang confirm HALAL dan SELAMAT tanpa ragu2"

OK BYE~~

Monday, February 10, 2014

Tips: Multivitamin pilihan hati

Assalamualaikum~

Tahukah anda yang manusia2 di dunia ni semuanya memang sejak azali nak something yang MUDAH dan MENYENANGKAN? Contohnya


“Supaya mata aku clear, tak nampak macam kecik besaq kecik besaq, aku kena pastikan aku mengambil Vitamin A, jadi aku kena makan lobak merah…” 

“oh, aku kena makan kerang hari ini sebab doktor kata darah aku tak cukup, nanti pengsan pulak japgi..”


So, korang mesti tak suka nak fikir benda2 remeh macam kat atas ni kan.. Dan sebab tu la kat dunia ni wujudnya MULTIVITAMIN. Multivitamin adalah penyelesaian kepada masalah-masalah di atas. Sebiji je dah cukup untuk membekalkan lebih 20 jenis micronutrient yang kita perlu! 



Sebab kenapa kena ambil multivitamin 1 biji sehari?

1. Untuk dapatkan nutrien atau zat yang CUKUP
Cuba korang fikir makanan korang masa lunch, korang rasa korang dapat zat yang cukup ke daripada apa yang korang makan tu? Jawapannye memang TIDAK. Lain jenis makanan memberikan zat dan vitamin yang berbeza mcm contoh tadi, lobak merah memberikan vitamin A.

"Kenapa nak cukup? Biarlah tak cukup pun.."
Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Lagipun korang tak nak la kan orang cakap "ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..” tu sebab xcukup nutrien lah tu, bukan tak cukup makan.

2. Sibuk dan stress sangat
Biasalah ni kalau sibuk sangat. Kadang2 tu sampai lupa nak makan, tapi sebenarnya sibuk chatting kat facebook je (hehe jangan marah). 
   
Kadang2 pun kita selalu stress sangat maybe sebab masalah kerja sometimes stress tak tentu pasal. Stress akan membuatkan sesetengah vitamin dalam badan termusnah. 

So 1biji multivitamin ni la yang membantu menampung nutrien yg tak diambil atau termusnah.

3. Termusnah akibat memasak
Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Okay, bila air mendidih, suhunya adalah 100 darjah celcius, bila dah campur garam dan macam2 lagi, mungkin suhu akan lebih tinggi. Jadi kemungkinan untuk vitamin2 termusnah adalah amat tinggi.

4. Supaya sihat sentiasa, Ins shaa Allah.. 
Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari dan jenama yang beliau ambil ialah Shaklee. Multivitamin juga amat penting diambil oleh ibu2 mengandung bagi memenuhi keperluan nutrien supaya ibu dan anak sentiasa sihat.


Itulah dia antara sebab2 kenapa kita memerlukan supplemen multivitamin. Kalau dah ada, bagus, teruskan amalan mengambil 1 pil multivitamin setiap hari. Buat mereka yang belum, apa yang ditunggu lagi? Semua orang harus memilikinya!


Bagi yang ingin mencuba multivitamin dari Shaklee ni, boleh hubungi saya.. Saya memilih Shaklee kerana telah terbukti selamat dan yang penting HALAL..


SMS/Whatsapp
0174624283
Fathin Jutawan Cantik


OKAY BYE~

Friday, February 7, 2014

AWAS JDT!

Assalamualaikum..
Haa jawab salam tu, kalau jawab suka, tak jawab berdosa kekekeke

Apa tajuk nak buat gempaq, AWAS JDT bagai ni?
Sebenarnya sebenarnya Teyn nak cakap yang Teyn sambung belajar kat Johor...tu je.
So kena AWAS la kot2 kalau terserempak Teyn kat tepi jalan especially kat UTM tu.. hehe.
Teyn sambung belajar amik Master of Science (Biotechnology).. Haish pening arrrr gi Johor ni, xpenah2 pegi Johor, nanti sesat camne..

Haha tu dia kad matrik, abaikan muka kuceng tu sebab gamba kad matrik memang sama standard ngan gambar dekat IC, mcm harommmm~ haha


Ada dak yang dok ada kat Johor skang ni? Boleh la lepak sesama, kita sembang kencang haha (nampak sgt kuat membebel pokpekpokpek nyeeee)
Bila dah start masuk belajar ni, mula lah BUSY sana, busy sini (aku pon xtau la ape benda yg busy sangat tu)
and TAK CUKUP MASA..
Jadi yang akan jadi PENEMAN SETIA Teyn nanti adalah

Jeng jeng jeng
SHAKLEE COLLAGEN POWDER~

Walaupun student, iolls tetap kena maintain jelita okay..gitu...haha.. SCP ni adalah salah satu produk peberet saya...SUKA SANGAT sebab:
1. Dia pure collagen dari sisik ikan (so takde keraguan)
2. Saya teramat MALAS, so kalau consume SCP senang je, campur je lam air ape2, air oren ke air sirap ke air milo ke..pastu minum, abis cerita...;)
3. Sebab memang dah tau confirm2 BERKESAN... masa mula2 try dulu, lepas 3sachets dah rasa kulit moist je n glowing of cozzzz hihihi

So pada yang belum mencuba JOM cuba SCP, mesti JATUH CINTA mcm teyn jugak.. senang je

SMS/WHATSAPP 0174624283

*Dalam nak cerita sambung belajar tu sempat jugak share pasal Shaklee hehe*

OK BYE~~~

Thursday, February 6, 2014

Anda tak suka makan KANGKUNG?

Assalamualaikum..
Anda tak suka makan KANGKUNG walaupun dah turun harga? Anda tak suka makan SAYUR?
Aha... mula2 saya nak cakap entry ni takde kaitan dengan Perdana Menteri kita ye.. 

Teyn tanya serius ni? Suka ke tak makan sayur??? Nak makan sayur punya susah macam kucen ni?


Kalau TAK SUKA, Teyn ada JAWAPAN kepada MASALAH awok2 ni...

JENG JENG JENG~

VITA-LEA SHAKLEE!!!
Apokobondo nye ni?? Ala, yg macam selalu orang makan MULTIVITAMIN tu, ada semua complete vitamin dan minerals yang diperlukan oleh badan kita, termasuk vitamin untuk uolls yg tak makan sayur tadi..kekekeke..  cuma bezanya Vitalea ni special sikit n lain dari yang lain:

- Disokong oleh tujuh kajian klinikal. Tujuh ye. Bukan satu dua. Tapi tujuh.
- Vitalea ni sangat cepat larut sebab nak meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
-Di formula dengan Iron yang BAGUS untuk pembentukan sel darah merah.. elok untuk tambah darah especially pregnant mother n klau ada anemia atau kurang darah.
Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan semata2 nak memastikan kualiti vitalea ni up to their standard. Tak main la yang cincai punya okays hehe.
- Dannn Vitalea ni multivitamin yang PERTAMA dicipta didunia.. hebakkk kan


So... yang belum CUBA tu JOM cuba.. Mesti rasa PERBEZAAN yang POSITIF.. serius teyn tak tipu tau! 

Boleh contact teyn n teyn boleh mix and match kan vitamin yang sesuai dengan KEPERLUAN uolls... hehe

SMS/Whatsapp 0174624283 sekarang!!!

OK BYE~

Wednesday, February 5, 2014

Tolong saya!

Assalamualaikum semua kesayangan...

Hekhek ada lagi budak teyn ni rupanya, ari tu poyo je kenkonon nye nak aktif update belog balik. HAMPEH!
Haha mmg Teyn nak AKTIF mengupdate ponggg tapi yang kuang ajaqqqqqq punya laptop, dia pi buat dajei kat Teyn, dia pi lingkup, repair tak elok2..sobs sobbs sadis sungguh!

Kepada yang sampai belog ni dan baca entry ni, sesungguhnya anda sangat BERTUAH sebab dapat baca entry yg julung2 kalinya dipost! Terok bebeno nye setahun sekali baru ada satu entryyyy. grr.

So skarang ni saya nak mintak tolong SEMUA untuk komen entry pasal APA YANG PATUT TEYN IMPROVE KAN LAGI KAT BELOG NI (kecuali selalu hapdet kikiki)
Mintak tolong sgt2 ye sbb teyn rasa mcm design pn dah ketinggalan zaman huahua (nak kata dia otai la tu, haktuih!)

So in shaa allah, pas ni Teyn try beli laptop baru (ni pon pinjam laptop orangg okayss) sebab Teyn pon dah sambung belajar balik, kenalah ada laptop kan... *mampuih aku, mana nak korek duit ni* kalau ada yang nak belanja pon apa salahnya..ehh?? haha..

Okeh, ingat nak tulih pendek ja tadi, last2 jadi panjang gak entry ni, nampak sangat teyn ni suka membebel. cis! ok2 byeeee~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Umur belog teyn ni

Daisypath Friendship tickers