Thursday, February 13, 2014

DOUBLE STEMCELL tak HALAL?

Assalamualaikum..
Hari ni Teyn nak share pasal Double Stemcell oleh Phytoscience yang tengah hot meletops skarang ni..
Firstly Teyn nak cakap, jangan sentap ye, saya buat post ni tak berniat nak jatuhkan sesiapa... Hanya sebagai tanggungjawab sesama muslim...



Teyn pon sebenarnya terkezut jugak lepas dapat tau.. Dulu pon ade gak teringin nak join, tapi skarang tak jadi la... Teyn dapat tau bukan dari calang2 orang, tapi dari FB Mazidul Akmal.. Tipulah kalau korang tak kenal tu siapa..

So kalau nak tengok status update pasal double stemcell tu kat SINI
Takpelah.. Teyn copy kan untuk korang ehhh~~~

----------------------------------------------------------------------

"KENYATAAN TERAKHIR MENGENAI DOUBLE STEMCELL

Baiklah. 

Berikut kenyataan saya yang terakhir mengenai produk Double Stemcell keluaran syarikat Phytoscience diasaskan oleh LAI TECK PENG.

Saya menulis mengenai produk ini di antara 20 Januari dan 7 Februari lalu. Banyak masa saya peruntukkan untuk mendedahkan maklumat tepat disalurkan oleh 3 pihak berkuasa di negara kita ini. 

Tiada imbuhan biarpun sesen sekali pun saya terima, kecuali cercaan dilontarkan oleh sebilangan makhluk bernama manusia, barangkali kepentingan mereka digugat. 

Semoga usaha ini berbaloi demi kesejahteraan semua, mereka membenci dan mereka menyukai.

RUMUSAN

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM mengesahkan produk ini TIDAK memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM sekaligus menyalahgunakan logo halal dicetak di bungkusan produk.

Sila rujuk ...

http://www.mazidulakmal.com/2014/01/produk-double-stencell-tidak-memiliki.html

Hubungi : 03 8000 8000 (Minta disambungkan kepada Pegawai Perhubungan Awam)

2. Double Stemcell TIDAK pernah mendapat kelulusan sebagai ubat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sila rujuk ...

http://www.mazidulakmal.com/2014/02/penjelasan-kementerian-kesihatan.html

Hubungi : 03-8886 4000 (Minta disambungan kepada Pegawai Perhubungan Awam)

3. Double Stemcell telah mencetak logo SIRIM secara TIDAK sah.

Sila rujuk ...

http://www.mazidulakmal.com/2014/02/status-penggunaan-logo-sirim-oleh.html

Hubungi : Tel : 603 55445021 (Minta disambungkan kepada Pegawai Perhubungan Kumpulan Korporat SIRIM)

4. Double Stemcell TIDAK pernah memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM sebelum ini. Sijil Halal didakwa tamat tempoh, tidak wujud.

5. Sehingga kenyataan ini ditulis, 3 pihak berkuasa terbabit berkata, status (1)(2)(3) dan (4) masih tidak berubah.

Justeru itu, kepada semua peniaga produk ingin terus memasarkan Double Stemcell, sila kongsikan maklumat di atas terlebih dahulu sebelum menawarkan Double Stemcell kepada pelanggan di seluruh negara.

Berikan rakyat Malaysia HAK untuk memilih dan usah sama sekali cuba untuk mengelirukan khususnya pengguna beragama ISLAM.

Saya juga dimaklumkan, Sijil Halal dikeluarkan oleh IFRC Asia TIDAK diperakui SAH oleh JAKIM. 

Sila rujuk Cik Nadia Zammil di Hub Halal JAKIM di talian 03-8892 5000 samb. 5048/Emel nadiazammil@islam.gov.my

ATAU

Ustazah Asiah Alkharib Shah, Pegawai Perhubungan Awam JAKIM di talian 03-8886 4000.

Terima kasih.

Saya hanya akan menulis kembali mengenai produk ini sekiranya terdapat sebarang kecaman melampau dilontarkan atau timbul isu lain memerlukan penjelasan demi memelihara HAK pengguna. 

Tidak perlu like, MOHON SHARE informasi ini dan sebarkan.

Hanya Allah mampu membalas jasa kalian."

---------------------------------------------------------------------------


Haaa tu lah dia... kemain panjang lebar lagi.. Teyn taknak komen lebih2 nanti ada yang sentap pulak hihi
Yang Teyn boleh kata...

"JOM beralih ke SHAKLEE yang memang confirm HALAL dan SELAMAT tanpa ragu2"

OK BYE~~

7 comments:

Mysara Ab Rahman said...

ada jgk baca pasal isu ni..ntah la..rmi yg berpusu2 wt biz ni skrg

zarulfarhana said...

lahhh xtahu plak.. nasib baik terbaca kt cni..tq ya...

Fara Athira said...

betuikah ? fara tengok ramai yang meniaga produk nih . artis pun ada jual . huhu .

teynteyn the doll said...

tu la ramai sangat kan, mungkin diorang xtau kot..

Ayuni Sara said...

hehe..beralih kpd shaklee. :D

Khuzaimah Khadir said...

Duta produk ni datin umi aida kn..?btol ke ni..?blogger kita fatin suhana pon da join jgk...

Freedom Of Speech said...

Assalam. Isunya disini ialah penggunaan sijil halal tanpa kebenaran. Syarikat pernah memohon sijil halal tapi belum ada pemeriksaan dari pihak yabg berwajib. Dari segi produk, makmal KKM sendiri mengesahkan tiada unsur haiwan dikesan dalam sample yg dikaji. kilang yg mengeluarkan produk ini juga mempunyai sijil halal kerana mengeluarkan pelbagai produk kesihatan yang lain. Untuk pengetahuan, produk ini dtg dari Switzerland dan dipek semula di malaysia. Produk ini juga telah mendapat kebenaran utk jualan di singapore kerana tiada unsur racun atau logam. Perlu diingatkan sgt susah utk mendapat kebenaran pasaran di Singapore kerana pemeriksaannya yg sgt ketat. Ramai yg telah mencuba produk ini dan kesannya sgt baik dan berbeza kebaikannya berbanding produk lain. Produk ini membantu membuang toksin dan membaiki fungsi organ seterusnya dpt meningkatkan kesihatan pengguna secara keseluruhan. Apa yg pihak syarikat perlu buat ialah memohon maaf dan cuba mendapatkan sijil halal dari JAKIM seberapa segera. Wassalam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Umur belog teyn ni

Daisypath Friendship tickers