Tuesday, September 27, 2011

Bila nak berhenti buat kerja terkutuk ni!

Adoi2 bile la Teyn nak insaf daripada buat kerja2 terkutuk ni.. dari dulu sampai sekarang tak mampu2 nak insaf..haiya~

Amende keje terkutuk yg kau dah buat ni Teyn? Ishk3~
Ni haaa Teyn still lagi meneruskan keje2 menternak lemak yang kononnye terkutuk sangat ni =.=" (terkutuk la, dok perabih duit scholarship tu buat pa!) >.<

Tadi mase balik2 kelas je mak call, cakap kat Teyn yang kat umah dah beli sebijik kek secret recipe perasa 'pecan butterscotch' nak celebrate birthday adik n bapak teyn.. wuuuu sedap kek tuuu, kek secret recipe paling sedap skali~~
Time mak cakap tu dan2 meleleh2 serta mencurah2 air liur, dan2 perut buat bunyi merengek2 mengada2 mintak diisi dengan secret recipe, dan2 call 'ehem2' mintak bawak makan kat secret recipe..lalalala~
Tapi..tapi..tapi... dekat Kuching takde kek pecan butterscotch, kalau ade pon susah nak jumpe..*sobs*sobs* Jadi, bagi membalas dendam di atas ketiadaan kek pecan butterscotch, inilah jadinye ye tuan2 dan puan2~

'terorder' ice lemon tea
'terorder' kek choc indulgence (oh ye, tea kat tepi tu dpt free hehe)
'terorder' lasagna
'terorder' sherperd pie
harap maap gamba semua tak cantik kerana telah di'ngapp' terlebih dahulu oleh Teyn yg tak sabar sebelum gamba sempat diambik :P

Banyak nye teyn makan? Ye, haruslah banyak. Teyn berkebolehan makan banyak dengan syarat makanan tersebut sedap, kalau tak sedap tak mau =.=" (haha mengada2 kau ni)

Ape2 pon, pecan butterscotch idamanku memang hebattt lagi mengancam..rawrrrrr geramm i nyahhh~
p/s: kepada mak saya a.k.a umi yg tengah baca ni: takpe kan abis duit untuk makan? hehehe jgn marah~~~~ XP

Macehh sudi bace ^_^

Sunday, September 25, 2011

Romantiknya~~~

p/s: Teyn nk wat contest or giveaway. korang rasa contest/GA mcm mana yg korang suka? hadiah mcm mana yg best?

Saturday, September 24, 2011

Tips tambahkan pembaca belog

gambo pnjam hok google

Hari ni Teyn rasa baik hati nak bagi tips. Hari ni nak bagi satu je tips iaitu care nak tambahkan pembaca belog korang dengan cepat~ Oh ye, tips ini untuk newbie2 mcm saya, yg otai2 tu xpayah, korang dah cukop femes n takkan la korang nak dengar tips Teyn yg baru 3 bulan berbelog ni kannn~ lalalala

Back to the topic.

Cara yang paling hebakkk lagi berkesan dan efektif serta cemerlang nak menambahkan pembaca belog (pada yg gila follower, cara ni pn bleh tambahkan follower) iaitu dengan berbudi kepada tanahpesbuk.

Caranya, kt dalam pesbuk ada banyak group2 blogger, korang ask to join group, bila dah di approve, korang peromot la link blog korang kat situ.. Tiap kali ada entry baru, terus je post kat group tu tanpa segan silu. Nak ping 3 kali sehari (3 kali baru afdal) pon mak tak marah :P

Hambek ni link group blogger

Ade banyak lagi tapi tu je stakat 10 teyn bagi, dah cukup banyak kan.. Ape2 pon selamat mencuba~

Macehh sudi baca^_^v

Friday, September 23, 2011

Tuesday, September 20, 2011

Soalan dan jawapan yang mintak penampar

Yehaaa i'm back, peeps! How you doing?? Hahaha saja menggedik nk spikang mat saleh skali skala, bukan slalu~

Hari ni nak share ngan korang soalan serta jawapan exam SPM yang sengal memang mintak penampo yg Teyn terjumpa.. Korang pernah rasa penampar tak? Sedap weh, lagi sedap dari asam pedas dan ciken cop blakang UPM yg digilai oleh afzal... Kalau nak rasa boleh la try teka-teki kat bawah ni, kalau korang bernasib baik, korang boleh dapat satu penampar percuma =.="

1) Lubang ape yg rasanya hangat, nikmat dan nyaman??
- LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu tido balik

2) Saya ada 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki..siapakah saya?
- Pembohong~ =.="

3) Binatang apa yg semua anggota badannya kat kepala (tangan n kaki kat kepala)?
- Kutu rambut

4) Kenapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila mahupun sawan babi?
- Sebab lelaki kan 'buaya'

5) Apa persamaan kain jemuran dgn telefon?
- Dua2 kalau dah 'kringg' boleh diangkat~

6) Ape bnde yg nak cari sikit punye susah, bila dh dpt pegi buang?
- Tahi hidung

Selamat mencuba mendapatkan penampo ^.^"

p/s: TQ ye incik nuffnang sbb baik hati bagi sy BE lg. ♥

Macehh sudi bace ^_^

Thursday, September 15, 2011

Sorry ye makcik2 pakcik2 semua~

Yuhuuu.. lama teyn tak wat entry, mesti korang rindu teyn kan kan~
Teyn nak ckp SORRY sangat2 sebab beberapa hari ni Teyn tak online, tak buat entry n tak blogwalking ke blog korang, ini semua bukannya dan tidak sama sekali disebabkan oleh Teyn merajuk tapi disebabkan oleh kenyanyukan lagi kepelupaan Teyn bawak balik berokbeng ke Kuching..adess=.="

Tapi takpe, mak Teyn dah post berokbeng teyn menggunakan pos ekspres yg 'ekspres' sgt, maybe hari isnin ni dapat..yeayyy! tggulah saya menggila nanti~

Eh kata takda berokbeng, cmna leh wat entry ni? Tipu ekkk~
Mana ada, ni pon buat muka tak malu minyak pinjam berokbeng roomate huhuhu.

Oh ye, ade bebe rapa penjelasan nak buat ni tentang entry dibawah
- Perkataan 'oh tahi' adalah merupakan direct translation oleh incik google (maklumlah saya ni budak2 lagi, tak reti sangat spikang2 ni, terpaksa google translate) dari perkataan omputeh 'oh sh*t' yg slalu digunakan ketika omputeh melatah, seperti mana orang melayu melatah 'opocot mak kau terbalik!' dan bukannya membandingkan mana2 belog dengan tahi. harap maklong.

-Muahaha garang kan Teyn kat dalam entry kat bawah ni.. Memang Teyn sengaja cuba2 buat entry ganas2 sket, atas nasihat mak Teyn. Memang hebakk, terbukti berjaya oleh SIRIM telah dapat menaikkan kemarahan makcik2 dan mendapat banyak komen..hoyeahhh~

Ok tu je, rasa tak sedap la pinjam berokbeng orang punya lama2... bye2~~

p/s: kata teyn budak2, tapi korang semua taknak bagi teyn duit raya, knape ek?? mana boleh macam ni, kena tuntut ni! hehehe

Macehh sudi baca^_^

Monday, September 12, 2011

Benda kat blog yg buatkan orang kata 'OH TIDAK'

Korang suke ke kalau orang masuk2 blog korang dan kata 'oh tahi!'? Mesti tak suka kan? Meh sini nak tunjuk benda yang tak patut ada dalam blog korang supaya korang tidak lagi menerima makian tak sengaja secara percuma.

pinjam google punye

1. Korang paksa kitorang dengar dondang sayang kat blog korang
- Tak baik paksa2 wehhh walaupon korang fanatik sangat dengan lagu tu, baik hati nak share ngan kitorang lagu yang korang rasa paling best dalam dunia.
- Eh, bila masa plak aku paksa kau dengar? Kau paksa lahh tu, dah letak lagu takde butang nak tekan pause, terutamanya yang gratisan muzik tu, terpaksa la dengar jugak.. adoyaiiii
- Okay, pasni taknak letak dah.. Alolo merajuk lak, xkesah la nak letak lagu ponnn tapi make sure ade butang
menopausePAUSE ye~

2. Bajet kat overseas, nak winter sonata bagai~
- I tak kesah lahhh you lahir kat london ke, bapak you mat saleh ke, yang you nak mandikan kitorang dengan salji2 kat blog you tu buat pe? Bukan bertambah sejuk, bertambah panas tau tak?
- Tak payahh la nak letak benda jatuh2 tu sangat, wat semak mata, malas org nk baca blog kau.
- Eh blog kite takde salji2, ade daun jatuh2 je.. whatthefish, same je lahh, kau letak daun kering jatuh2, pastu nak suruh kitorang sapu daun kering tu, camtu? =.="

3. Nak tambahkan bilangan orang juling kat dunia ni
- Bace blog kau, trus jadi juling, kau nak bertanggungjawab ke? Abis tu yang kau letak perkataan pusing2 kat cursor tu, sengaja nak bagi org juling lah tu. Tak pon kononnye taktik nak pukau orang, bahaya2~
- Nak baca entry kau dengan penuh perasaan dan konsentrasi pon distracted dengan bende pusing2 smpai pening yg annoying tu. Dah arr nyusahkan org nak klik ape2, last2 tengok je la blog kau yg cntik sgtlah tu, malas nk komen sbb klik2 asyik tak kena je.

Dah2 tu 3 je Teyn bagi dulu, ada banyak lagi tapi yang lain tu simpan dulu. Yang paling penting, benda2 kat atas ni membuatkan blog korang berat, tengok drama dah 3 kali iklan kat TV3 pon x abis2 lagi loading blog korang. korang tukar dulu bende2 kat atas ni kalau blog korang ada benda2 tu. Kalau taknak takpe, teyn tak rugi apa2 pon.

Thankss sudi baca ^_^

Sunday, September 11, 2011

Blogger famous, kau ade?

Hahaha tengok tajuk tu agak langsi la kannn~ Takde ahh teyn nak lu langsi lu mati ngan korang nihh...
Saya disini hanya ingin menyatakan kegembiraan hati yang menggila pada hari jumaat malam sabtu yang lepas, ketika mat2 rempit tgh sebok2 race nak menang kasi dapat sorang awek=.="

Ape yang gembira smpai terkinja2 nye kau ni gile???
Ni ha.. Ade blogger famous follow molo belog i nyahhh... Siap tinggal komen lagi nyahhh, mane tak melompat mcm beruk dapat berukband.. (tibe2 terbayang beruk maknyah =.=")

Sebab ape teyn kata dia blogger famous?
Sebab dia ada 18,000++ follower youu.... aw aw ce compare ngan follower teyn tu.. alamak aii pepatah bagai klcc ngan pejabat pos pon tak boleh pakai, jauh sgt bezanya. segan i tauu

Sape blogger famous tu wehhhh?
Jeng3..namenye cik Lyssa Faizureen atau nama belognya Lyssa Secret... haiyooo dah la famous, comey lote kiut miut pulak tu, gerammm i tau.

tu2 gamba dia yg first tu, comelll kan, teynteyn pon kalahhh (kau ingat kau comel ke teyn) muahahaha

Dah tu je malas nk citer lebih japgi ade plak org kate Teyn berlagak hebattt..lalalala

Macehh sudi bace ^_^

Saturday, September 10, 2011

Ni bukan mesyuarat tingkap tapi mesyuarat oven

Mesti korang tau mesyuarat tingkap tu apa kan? Tapi kali ni Teyn nak tnjuk kat korang 'Mesyuarat oven' plak..hahaha..

Memang mesyuarat yang penuh perasaan! Siap dengan gaya2 sekalii..
How great to think that yang sorang tu just babbling dadadadada tapi yg lagi sorang to boleh paham n respond to it.. siap bergelak tawa lagi..

Kalau korang perasan yg sebelah kiri tu ade meneran tahi muahahaha.. Agak2 korang diorang tengah cakap pasal ape?

Friday, September 9, 2011

Tanggapan yang salah dalam berbelog

pinjam hok google punyo

1. Tiap pagi lepas bangun tido dengan air liur basi, blogger check dashboard nak tengok gossip panas kat belog2 yg diorang dah folo molo.
- Haha kalau dia buat macam ni rasanya dia belum bangun tido sepenuhnya, dok tengah mimpi lagi tu. Takdenye nak check dashboard. Dulu time teyn mula2 berbelog (3bulan yg lepas) boleh la tiap2 hari menempek mata dekat dashboard tu smpai nak muntah hijau dah nk baca. Tapi skarang dah follow belog smpai beriban2 blog, sakitlahhh nak check kat dashboard satu2~
-Org slalunya akan datang blog yg ada connection ja contohnya ada dalam bloglist, yg slalu datang blogwalking blog diorang dan yang slalu ping kat group fb.
-Jadi, bukan penting pon wehhh folo molo niiii, tak payahla nak 'i follow u, u follow me back' sangat.. setakat nak menambah no follower tapi takde reader ape yang dapat? ape pon tak boleh~~~

2. Penulisan yang unik tu hebattt.
- Penulisan mcm 'Aq tulis cmniew bwu la comel, bwu owg skew glew ngan aq' yang unik (haktuihhhh unik la sangat)
-Yang tulis macam ni, nak tanya sikit: awak boleh kene sawan ek kalau skali tak tekan huruf 'w' tu?? Awak ingat org terkinja2 seronok tengok huruf w bersepah2 lam entry awk? Serabut perut tau tak, kalau boleh nak mintak password tolong editkan buang semua w tu. Tulis elok2 sikit lah jangan rosakkan bahasa sgt

3. Takde follower, blog mati
- Yang dok merayu2 'plsss follow me back' tu buat apa. Orang yang folo masa korang merayu siap melutut lagi tu,bukan follow nak baca entry pun. Sekadar menaikkan jumlah follower je. Tak menjamin bahawa blog korang best dan terbaik. Kalau korang wat entry best2, automatik follower akan datang. Kalau tak, syok sendiri je la wehhhh~


Tu jelah yang teyn rasa dan perhatikan selama setahun jagung 3bulan tomato berbelog ni... Harap2 takde yg sentap pulak, nak sentap bukan untung ape ponnn, diri sendiri yang rugi.. Kalau ada apa2 nak tambah sangat dialu2 kan mengomen ye...

Macehh sudi bace ^_^

Thursday, September 8, 2011

Petknode : Neraka kucing

Korang tahu apa itu Petknode? Rasanya ada yang dah tahu n ada yang tak tahu lagi sebab kes Petknode ni banyak dah tersebar kat facebook n berita. Petknode yg terletak kat Petaling Jaya ni kira macam hotel(haktuihh) untuk kucing la, masa cuti raya ari tu kan ramai orang balik kampung jadi owner2 kucing pon suruh Petknode ni jaga kan kucing diorang.

Tapi, masa semua orang tengah sibuk melantak ketupat serta lemang dan kuih raya, orang awam terdengar bunyi meow meow meow kucing dari premis tidak beroperasi di Damansara Damai lalu diorang pon trus pecah masuk ke dalam kawasan Petknode.

Ni pakej yang Petknode janji (klik kalau mata tak brapa nmpak):

Oh sungguh indah khabar dari rupe. Tapi jadi macam ni plak (klik kalau mata tak brapa nmpak):


Video:

Adesss kesian betol tengok..anak kucing tu mati...T_T
So, korang rasa apa hukuman yg patut diterima oleh owner Petknode ni?

Macehh sudi baca ^_^v

Tuesday, September 6, 2011

Anak kepada bapak ayam

Anak kepada bapak ayam merupakan anak ayam lah kan??
Tengok2 kat bawah ni teyn letak gamba2 anak ayam yg seksi2 gitu..
Warna warni lagi, kalau hilang bleh tau kata yg warna pink tu kita punya, tak perlu risau terambik anak ayam jiran sebelah punya..
Korang nak beli jugak? Due seringgit~



Macam kesian lak tgok anak ayam berwarna warni ni, macam terseksa jiwa dan raga je rupenye.. kalau diorang ni berjumpa dgn anak ayam biasa, mesti kena ejek 'si pelik' sbb warna badan dia lain daripada yang lain macam cerita 'the ugly duckling'..haha kesian.

Macehh sudi bace ^_^

Monday, September 5, 2011

Aktiviti menghabiskan duit raya

Haha semalam korang semua kebanyakan tengah termenung dalam kereta sebab tersangkut kat dalam jem kan kan~ Namun begitu pada waktu yang syahdu itu, Teyn sedang bersuka ria menghabiskan duit raya yang tak berapa banyak ni~ huhu

Semalam, kemain lagi borong baju n tudung kat Jalan Masjid India. Sebab lepas raya ni, peniaga2 semuanya baik2 belaka bagi diskaun kasi kurang harga. Kalau sebelum raya hari tu, peniaga semua sombong lagi eksen, mintak kurang jangan harap dia nk layan, siap jeling manje lagi kat kite.

Kat Jalan Tar tu pergghhhh memang clean and clear, bleh kire je brape keping manusia yang ada.. Nak berlari2 atau bergolek2 dengan bahagia kat Jalan Tar tu pon boleh...
Oops tertempek 3 gambar~


sila abaikan perut gendut sesat dibelakang itu, kasi spoil wa punya gmba =.="

p/s: incik nuffnang bagi BE lagi bernama Asustek Computer Malaysia tapi taktau iklan dia hok mna satu~

Macehh sudi bace^_^

Sunday, September 4, 2011

Lagi comel dari barbie

Ye, teyn memang lagi comel dari barbie.. muahaha perasan lebih!
Dah2, bukan Teyn yang comel la, anak patung name Tilly ni yg comel sgt2 rase mcm nk tumbuk2 je~ huhuhu





p/s: makasih incik nuffnang sbb bagi saya BE lagi wlaupon tak aktif time raya ni :P

Thursday, September 1, 2011

Tahun ni teyn tak raya

Selamat pagi! Hari ni dah raya ke-3, macam mana raya korang semua? Banyak tak duit raya dapat? Ataupon banyak duit abih sebab kena bagi duit raya kat budak2? Hehe yg duit byk abih tu mai hulur duit raya tang ni sikit~~~

Hurmm.. Tahun ni Teyn tak raya pon... Oh tidak tidak, bukan sebab Teyn puasa tak cukup lah! Teyn puasa cukup tau~~ Teyn dan sekeluarga tak beraya sebab sesuatu yang menyedihkan telah berlaku iaitu pemergian nenek teyn untuk selama-lamanya pada 1 Syawal, bersamaan dengan hari raya pertama..*sobs*sobs*

love you maktok

Al-Fatihah.. Semoga roh nenek Teyn dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang2 yang beriman~

p/s: Teyn tak beraya tahun ni, jadi duit raya pon tak dpt.. bolehla korang hulur2 duit raya sikit kat Teyn XP

Macehh..sudi bace ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Umur belog teyn ni

Daisypath Friendship tickers