Tuesday, August 30, 2011

Puasa 6 pada bulan Syawal

Puasa 6 ni dipanggil begitu sebab kita berpuasa selama 6 hari di dalam bulan Syawal.

Terdapat sebuah hadis daripada Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-ansari telah mengatakan
"bahawa sesiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan kemudian diikuti enam hari pada bulan Syawal bersamaan dia berpuasa sepanjang tahun"

Enam hari di dalam bulan Syawal bermakna mana2 hari di bulan Syawal kecuali 1 Syawal dan tidak terhad dilakukan sejurus selepas hari raya mahupun secara berturut-turut.

Selain itu, adalah lebih baik melakukan yang wajib dahulu iaitu mengqhada(ganti) puasa sebelum melakukan ibadah sunat puasa 6 (mengikut keutamaan). Tentang ini, anda boleh rujuk di sini.

Selamat manjalani ibadah dan sama2 mengumpul pahala~

Macehh sudi baca^_^

Monday, August 29, 2011

Selamat hari raya

Entry ini khas untuk mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
dan
MAAF ZAHIR DAN BATIN

kepada semua pembaca serta follower belog teyn yg disayangi kot ada yang tak kena, terasa hati tang mana2~ kite 0-0 okay!

Teyn tak dapat nak online n blogwalking sangat dekat kampung ni (kat Aloq Staq, mai la raya rumah, bawak duit raya kat teyn skali ye) sebab nenek teyn tengah sakit..*sobs*sobs*
Korang tolong ye doakan nenek teyn supaya dia baik2 semula~

Okehh tu je lah, teyn pon menyempatkan diri wat entry ni, ni nak sambung potong daging nak wat rendang pulak~~~ Ok bai~

p/s:belog teyn dah cukup 3 bulan umurnye yay~

Macehh sudi bace ^_^

Thursday, August 25, 2011

Tips mengecilkan perut

Say TAKNAK to perut buncit! Hahaha entry ni khas untuk ahbang2 yg dijaga oleh isteri mithali sehingga keboroi-an serta kebuncitan terserlah, tak dpt disembunyikan lagi~
Jom2 kita kecilkan perut, sambil korang baca ni korang kene ikut buat sekali tau kalau tak xjadi nanti~
pinjam hok google punye

1. Bangun pagi-pagi (Kalau tengahari xbuleh)

2. Berdiri tegak..tundukkan kepala, tatap ke perut

3. Bongkokkan badan

4. Bukak baju (Haruss bukak baju ye)

5. Lalu tampar perut gendut tu berulang kali sambil jampi2 "Bikin malu..Bikin malu...Bikin malu"
(Harus 3 kali ye)

Jangan lupa diamalkan setiap hari, lebih afdal dilakukan di hadapan cermin.
Selamat mencuba ye, kuikuikui ^_^

p/s: kalau berjaya bgtau teyn muahahaha

Tuesday, August 23, 2011

Tips mengenali lelaki melalui facebook

Korang semua mestilah ada facebook kan kan?
Ehem2, macam lah teyn xtau korang slalu mengorat2 kat facebook kan kan kan~~~
Ada jugak yang bercouple lepas kenal kat facebook, dan2 tukar relationship status..
Jadi kepada makwo2 semua, teyn ada tips skit cara nak kenal peribadi lelaki dgn mengSTALK pesbuk dia..muahahaha memang best stalk2 nihhh~
1. DP bersama retis
Kalau profile picture dia tgh posing ngan retis maknanya mamat nih suka tunjukkan sesuatu yg dia bleh banggakan. Dari aspek lain, mamat ni ada wawasan yang luas, ada banyak teman (terutamannya teman wanita... buaya!!)

2. DP dengan makwo cun melecun
Kalau kat profile picture ngan makwo cun sokmo tapi tu family dia(kakak ke adik ke), maknanya dia seorang yg utamakan family. Kalau makwo cun tu bukan family dia, ternyata ini juga buayaaa~~ hahaha

3. Hapdet status sokmo
Lelaki yg slalu update status ni seorang yg nak perhatian. Kalau status dia asyik mcm dok mengeluh je, maknanya mamat nih sorang yg emosional, tak boleh uruskan hidup sendiri. Kalau status asyik mengkritik org lain, maknanya dia ni terlalu inginkan kesempurnaan.

4. Dapat skor tinggi tiap2 kuiz
Kalau dia dapat skor kuiz tinggi slalu maknanya mamat tu seorang yg kompetitif dan sukakan cabaran. Die mudah bangga ngan pencapaian dia. Memey ah dia ni aktif dan reaktif tapi dia ni tak peka pada perkara penting mcm birthday anda =.="

5. Friends beriban
Kalau dia ada friend smpai beribu ni maknanya dia berjiwa sosial ya tuan2 dan puan2. Mamat ni percaya dgn kemungkinan yg akn berlaku dan berpandangan optimis dalam perhubungan.

6. Slalu add awek je
Asyik2 add awek je, ahhhh ini pon buaya playboy!! hahhaa add bebanyak kononnye wat koleksi=.="

7. Friend dia sikit
Friend sikit xbermakna dia tu xda kawan. Tapi dia ni setia walaupn sedikit tertutup. Dia tak banyak bagi org tahu perasaan sebenar dia, tapi kalau nak bagitau seara terbuka, dia akan jujur dengan perasaan dia. Mamat ni jugak sorang yg serius dalam relationship.

Hah tu diaaa... pasni pepandai la ye pilih2 laki kat facebook muahahaha~

Monday, August 22, 2011

Stalk orang sampai lupa berbelog

Yeahhh Teynteyn is back.. Dah 2 hari teyn tak buat entry dan blogwalking... Ade sesiapa rindu teyn tak? Xrindu?? Sampai hati, merajok smpai tahun depan lah macam ni~~~

Mesti pelik kan, ape lah budak ni buat smpai terabai dan bersawang blog dia... Jawapannya ialah: Teyn stalk orang sampai terlupa nk berbelog. Tak lah lupa pon, slalu dok ingat tapi tak ada masa lapang kerana dipenuhi dengan aktiviti stalk orang. Ya, memang TEYN STALKER TERHEBAT. Muahaha Teyn stalk bkn sebarang stalk, teyn stalk Kim Hyun Joong oppa...

Tak kenal Kim Hyun Joong? Meh sini tengok gamba dia yg kpophuntress ambik time dekat KLIA

ye, awk yg pakai spec tu, saya sudi kawin ngan awk. i love you.

Alamak ade plak gamba incik polis a.k.a pakcik guard KLIA.. Eeee mencik mencik mencik ngan pakcik guard KLIA jahat! Dah la rampas banner nak sambut Kim Hyun Joong, tipu kitorang pastu gelakkan orang sebab tak dapat jumpe hyun joong oppa. Pakcik guard, happy sangat lah tu dapat tengok orang lain tak happy? Ade ke patut tipu kitorang yang hyun joong oppa dah balik~ Naseb ade org inform yg hyun joong keluar ikut departure, smpat berlari naik atas tapi tak ramai yang sempat tengok~

Takkanlah Hyun Joong taknak tgk fans Malaysia dia kan2.. Ni mesti pakcik guard KLIA yg suruh kuar ikut departure ni~~~(muahaha ta baek tuduh2) Ala kitorang tak ramai pon ari tu, time UKISS dtg lagi ramai fans tunggu, ok je kluar ikut arrival. Tahu tak, bile rmai fans yg xdpt tgok, artis tu tgok tak ramai die pon dah malas dah nak datang Malaysia lagi... nmpak tak betapa perkara kecik bagi kesan yg besar kepada negara?? Haha. Mengarut kau ni teyn2~

Lepas dari tu, kitorang pon naik kereta terus pecut pegi Hilton KL (tempat hyun joong menginap) muahahaha... (Ehh gile betol teyn2 ni) Mane ade wehhh, kire ok lah mcm ni. Ade org lain lagi menggila, ada makcik tu siap naik satu flight dari SIngapore ngan hyun joong pastu dok hotel Hilton tu sampai selasa ni sbb hyun joong dok situ smpai selasa, saya tegaskan ye, MAKCIK=.="

soalan kerap ditanya pada hari tersebut kepada orang lain: dapat tak jumpa hyun joong tadi? sedap tak badan dia?? dan jawapannya sama saja: ehh ofkoss lahh sedapppp

ni kawan2 teyn yg menggila pada hari tersebut menanti badan hyun joong yg sedap muahaha *puase wehh*
the crowds at KLIA waiting patiently for oppa to come, sikit je kan orang~
joahaeyo oppa badan sedap! hahaha

Jadi skarang baru korang tau sbenarnye teyn pon die-hard-fan a.k.a kipas-susah-mati KPOP. Jadi jangan kutuk kpop lagi2 hyun joong oppa depan saya kalau tak nanti saya marah, saya baling batu kat tingkap rumah awak...muahaha

p/s: macehh smue yg dtg jenguk blog teyn mase teyn bz mengstalking, jgn risau, teyn akn balas jejak korang..ngee~
Macehh sudi bace entry panjang ^_^

Friday, August 19, 2011

Tanda2 dia suami orang

Salam jumaat orang2 kampung pinang sebatang,
Arini jumaat, esok dah sabtu, cuti..yay~
Ok2, arini teyn nak bagi tips sikit kepada makwo2 cun di luar sana supaya tak tipah tertipu terbercinta dengan laki orang~

1. Bila dok sembang2 tu, mata dia tak pandang muka anda, takot terkantoi yang dia pembohong.
2. Masa jalan2 seiring dan sejalan tu, mata dia tak reti dok diam tengok sekeliling, takotlah kot2 terserempak kawan2 bini atau saudara mara...kan kantoi nnti.
3. Jarang ajak anda pegi makan2 kat tempat terbuka, nak jaga line la tu makan kat tempat2 tersembunyi.
4. Susah betoi nak contact tepon die sebab dia pakai 2@3 sim card (ada no tepon khas untuk menggatal sahaja)
5. Tak pernah ajak anda datang rumah dia untuk jumpa mak bapak dia
6. Dalam kereta ada tanda2 adanya budak kecik mcm anak patung, selipar, puting atau tompok2 berbau susu kat kusyen.
7. Bile cite pasal rahsia wanita, die lak yang tau lebih2~
8. Tahap miang dan gatal terlampau
9. perut buncit@ boroi sebab makan n mnum dijaga oleh isteri mithali yg baik dan setia di rumah.
10. Bila tepon bunyi, nak jawab dia mesti lari jauh2. Kalau dalam kereta, dia biar je tepon berbunyi xnak jawab lepas tengok kat screen henpon tu bini nye yg tepon.

Tu jelah.. jangan marahhh haaa~~

Macehh sudi bace^_^

Thursday, August 18, 2011

Cara mengorat incik nuffnang

Disebabkan semenjak dua menjak ni incik nuffnang baek hati bagi bagi Teyn Buffered Earning mencurah2 ke ladang gandum, adalah orang bertanya camne nak mengorat incik nuffnang sampai dapt BE berjuta2 lemon~ Orang bertuah itu adalah mr right (incik kanan)
Tak susah ponnn incik kanan, nak dapat BE, kene ngorat2 kenyit2 mata skit je kat incik nuffnang ni..hehehe..(tak lupa jugak dgn tunjuk ajar cikguwan) Meh sini teyn ajar cara nak ngorat dia~~

1. Hapdet survey
2.Hapdet blogger bio

3. Bagi tiket wayang free
Haha, bukan bagi tiket wayang la, bagi tiket yg mengandungi soalan yang korang nak tanya pada pihak nuffnang~ Kalau boleh bagila soalan yg lain dari lain dan soalan yang komputer diorang takleh jawab~ Tanye je lah apa2 pun~
Oh ye, time hantar tiket tu, jangan lupe letak link blog korang skali tau2... supaya dptla si penjawab soalan korang intai2 belog korang~

Dan harus diingati, semua diatas mesti dibuat at least SEMINGGU SEKALI
Bukan apa, kita nak bagi nuffnang sedar bahawa kita ni wujud dalam dunia belog ni...
Oh ye, kalau boleh, korang slalu2 lah bagi backlink dkt nuffnang jugak~
Hah tu jelah yang teyn slalu buat, bru kejap start berbelog dh dpt BE hehehe~

Ape2 pon, good luck and happy blogging!
Macehh sudi bace^_^

Tuesday, August 16, 2011

Nak sambung belajar?

Korang nak sambung belajar lagi? Tapi tak dapat masuk universiti? Ada masalah kewangan? Nak jadi doktor tapi pointer/result tak brape nak okay? Jangan risau, nak seribu daya taknak seribu dalih.

Sebenarnya sekarang kat Malaysia ni takde sebab/alasan yang boleh membuatkan korang tak sambung belajar lagi.. banyak lagi peluang2 sambung belajar, cume tunggu korang nak atau taknak je.. Tak dapat IPTA, boleh masuk IPTS contohnye macam Taylor's University.

Skarang ni Taylor's University School of Biosciences dgn School of Pharmacy tengah nak ambik student untuk intake September. Bioscience ni lebih kurang macam yang teyn amik skarang ni lah biotech, die lebih kepada membuat kajian2 dan penemuan2 baru dalam bidang sains. Slalunya orang yg nak jadi doktor tapi xdapat boleh masuk bidang ni sebab subjek yg dipelajari lebih kurang sama je dengan budak medical. Pharmacy plak mesti korang tau, ala kedai pharmacy kan jual2 ubat jadi lam bidang ni korang akan belajar camne nak buat ubat, setakat panadol tu petik jari je korang bleh buat..xde hal punye lah.

Ala..kite nak masuk tapi takde duit lah...
Takpe, jangan risau, ade banyak bantuan kewangan yg ditawarkan macam biasiswa dan pinjaman..Boleh tengok dan try apply kat SINI

Ade sorang kawan Teyn ni die masuk Taylor's University, ditaja lak tu.. Skarang dia dah dekat Amerika (Wuuu tak aci, sampai ati tinggal kite kat Malaysia--> jeles tgk kwn2 teyn ramai pegi blaja kat overseas). Macam kawan Teyn tu die 2 tahun kat sini lepas tu lagi 2 tahun Taylor's University hantar die pegi overseas, untunglahhh... Mula2 dia pon xdpt apa2 bantuan kewangan tapi lepas first sem dia mintak terus dapat tajaan~ Mencik!

Korang berminat nak masuk Taylor's University n amik bioscience atau pharmacy?Tak kirelah nak ambik pre-U ke, diploma ke, degree ke, master ke, bolehla tekan iklan gambar jagung induced mutation tak pn gamba botol ubat kat iklan blog ni ye...

p/s: entry ni untuk BE nuffnang yang baru, alhamdulillah rezeki ramadhan dapat lagi satu BE, sayang lebih ni!

Monday, August 15, 2011

Untuk Seseorang

Amaran: Ini entry luahan perasaan jiwang, sila jangan muntah

Sorry~
kalau sy buat awk rasa saya x sayang awk
Sorry~
sebab selalu buat awak sakit hati
Sorry~
saya buat awak sedih
Sorry~
sebab tak selalu ada untuk awak
Sorry~
saya selalu lupa
Sorry~
hari ni sy wat awk marah lagi sampai awk ckp dh bosan ngan saya

Awak kata awk tak kenal saya, sorry~
Mungkin sy dh byk berubah dan tak sama mcm dulu~

Awak kata jangan call atau SMS awk lagi~
Awak jangan risau, saya dah off henfon dan sorok henfon saya jauh2 untuk mengelakkan diri dari call atau msg awk..

Awak kata awak sayang org yg salah~
Mungkin betul, sebab awk sorang je yang tau hati awk dan ape yg betul atau salah untuk awk~

Saya tau awk tengah baca ni~
Kalau boleh lepas baca ni awak jgn bukak2 lagi blog saya ni supaya senang awk nk lupakan saya dan move on, find a new one, someone better okay~

Tu je sy nk ckp, pasni jgn bukak blog ni lagi tau~

Macehh sudi baca=')

Sunday, August 14, 2011

Ouch! Buah kena jentik

Errr buah sapa yang kena jentik ni... Kesian2 mesti saket nihhh...
Buah kata: Eh takdelah, tak saket pon, kena jentik dulu baru boleh makan
Eh, pandai menjawab lak buah ni haa..
pinjam hok google, malas mo ambik gamba sendiri nanti tertempek muka teyn besar gedabak skali,nanti korang muntah batal pose=.="

Jeng jeng jeng... Korang pernah jumpa atau makan buah ni tak?? Mesti tak ramai yang pernah makan kan kan.. Minggu lepas masa kat kampung(Aloq Staq), pegila bazar Ramadhan di Pantai Johor(nama tempat kat Kedah, xda kena mengena dgn negeri Johor kampung si afzal). Lalu teyn bertemu jodoh dengan buah ni dan teyn pon mintak mak suruh beli kalau tak teyn berguling2 atas jalan.. Jadi mak pon beli lah sebanyak 3 plastik bagi mengelakkan malu.. hahahaha.. (okay ni tipu -.-)

Nama dia? Buah jentik orang kedah kata... taktau la tempat lain org panggil apa... Apa? takot nak makan takut ade jejentik lam perut? Ala jangan risau buah ni xde bau2 bacang pon dengan jejentik anak si makcik aedes. Jadi selamat dimakan begitu saja. Dia dipanggil begitu sebab nak bukak anda harus jentik dia (hanya untuk buah yg cukup masak saja)~

Susah tau nak jumpa buah ni, Teyn penah makan buah ni dua kali je: time kecik2 kiut miut dulu2 n malam tadi(pon masih kiut:P). Sebab musababnya buah ni bermusim mcm rambai (diorang memang kamceng, si jentik ngan rambai ni satu family)dan buah ni hanya ditanam di kampung2. Kat KL tak pernah pon lagi jumpa buah ni. (Aw aw sungguh kampungnya teyn2)

Rasa dia camna? Sodapppp wa cakap lu derrr, skali cuba pasti nak lagi. Rasa dia masam2 manis gitu... Makan dia kena ngappp skali ngan bijik dia sebab buah ni comel je, besar duit seposen je.. Korang nak??? Pakat2 la mai utagha naaa terutama Aloq Staq, xtaula dkt Perlis kmpung wan_cikgumuzik a.k.a cikguwan ada ke tak buah ni~

p/s: makasihhh follower ke 600, cik pop yang santek...=)

Maceh sudi bace^_^

Saturday, August 13, 2011

Salam Perantauan

klik kalau mata tak berapa nak terang

muke sedih nampak? muahahaha korang ingat student2 Malaysia yang study kat overseas je bole anta gamba diorang men salji untuk ditempek dlm paper?? Diorang2 ni pon nk wat gak salam perantauan ni, kesian diorang xleh balek raye~

Korang pon nak join jugak wat salam perantauan ni?? Silalah isi borang kat SINI ye dan tempek gambar main salji walaupon sebenarnya skang ni tengah musim panas(summer), mat saleh jemur2 badan tepi pantai=.="

p/s: bila la teyn pulak bleh buat salam perantauan plak... kepada penaja saya JPA, ehem nnti nk sambung master hantarla sy pegi oversea ye~(ko ingat JPA bapak ko punye ye Teyn)

Friday, August 12, 2011

Warna warna

Apa tu warna sebenarnya? Korang tau tak?
Definisi wiki: Warna adalah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang. Warna jugak adalah sifat2 objek@bahan yg didentukan oleh panjang gelombang yang dipantulkan. (ala ni yg macam kite blajar dalam fizik tu, dalam bio pon ade blaja ni)

*Okay cut the crap, bosanlah*

Kepada makcik2 pakcik2 yg rajin melawat kawasan ni (kasi langgar la itu kawasan, baru syokkk) mesti perasan teyn baru tuka warna background (tuka dengan mewarna menggunakan pensil warna luna). Macam yang korang tengah tengok sekarang~
Aceceyh biru knonnye sejuk mata memandang la nihh.. Bak kate orang kaler biru adalah kaler yang senang dilihat dalam banyak2 warna serta melambangkan keyakinan (ntah ape yg diyakinkan, teyn pon xtau=.=")

Kepada yang baru sampai ke belog teyn setelah penat jauh berbelogjalan, saya merpersembahkan rupa belog teyn yang dulu... Pink2 gitu nyahhh, i loike~
Hah, xtaulah lepas ni nak tukar warna apa pulak... Nanti ada header raya nak tukar lagi hihihi... Help2 Teyn bagi cadangan nak tukar warna apa pulak ye~ Kerjasama anda sangat saya hargai.

Oh ye, smalam ade sorang blogger adik Lynn (dah die pggil teyn ahkak, nmpk tue ye dik, kenelah cucuk vitamin C lepas ni muahaha) tempah header, dan da siap~
Cantik tk? Cantik x?
Ngeee makasih sudi baca.. silelah komen bagi cadangan warna ye^^

Thursday, August 11, 2011

Karamsingh walia

Sape tak kenal karamsingh walia?? Sila angkat tangan mcm karamsingh walia.. Ala die ni yang femes slalu muka tertempek kat TV3 aduan rakyat tu~~
pinjam hok google

Die ni pemes sebab tangan nye yang selalu terangkat2 dengan tidak sengaja di setiap masa tak kira di mana berada serta ayat2 peribahasa yg power2 gitu. Ni meh teyn list kan sket peribahasa2 yg terkeluar dari mulut dia dengan sesuka hati:
1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang juga berguna
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula, disitu ada gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu
17. Hidup segan mati ditanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selembar benang, lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli la yang panjang sikit kalau nak ngail di laut
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik tak hujan
24. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
25. Kecil kecil cili padi, kecil lagi biji cili
26. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!
27. Kampung terbakar nampak asap, hati terbakar siapa tahu <--yang ni femes

Ade banyak lagi ni tapi yg ni pon da cukup banyak kan kan~ Adik2 semua, sila jangan guna peribahasa di atas dalam karangan ye, nanti cekgu bagi anda telur ayam=.="

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday: Google 2084

klik gamba kalau mata xberapa nak terang

p/s: ari ni dpt satu lagi BE, yg U mobile.. hoyeah hoyeah macehhh nuffnang.

Tuesday, August 9, 2011

Doodle

Korang tahu tak apa itu doodle? Yang dah lama berbelog ni mestilah tau kan kann. Ala doodle tu kartun2 yang kiut miut gitu yg slalu orang tempek kat entry la, header la~

Sambil dok blogwalking, asyik jumpa doodle. Orang dok cerita doodle sana, doodle sini. Jadi teyn pon gedik ayam menggatalkan tangan buat doodle jugak (org buat die pon nak buat, xde pendirian langsung=.=")

Dan jadilah doodle teyn ni, jeng jeng jengggg~~~~
Siap rambut terbang2 lagi nyahhh...Cantik tak?? cantik tak?? Ape? Pelik?? Ala nak wat camne teyn baru je ari ni belajar wat doodle ni... blaja sendiri2 lak tu sbb tak jumpe tutorial wat doodle pakai illustrator (sbb pakai illustrator memang leceh! >.<)

CARA MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

Apa itu malam lailatul qadar? Malam lailatul qadar adalah salah satu malam bertarikh ganjil (seperti 21,23,25 ramadhan) di antara 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Pada malam tu, pahala korang akan digandakan sebanyak ibadah yang dibuat selama 1000 bulan, sebab tu lah orang slalu panggil malam lailatul qadar malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain2 ulama cara mencari malam lailatul qadar jika awal ramadhan jatuh pada hari:

1) Ahad atau Rabu- Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan;
2) Isnin - Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan;
3) Selasa atau Jumaat - Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan;
4) Khamis- Malam Qadar dijangka berlaku pada 25 Ramadhan;
5) Sabtu- Malam Qadar dijangka berlaku pada 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan, bahawa dari mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Tanda malam Qadar ialah :
1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Apa lagi? Jom beramai-ramai meriahkan 10 malam terakhir Ramadhan nanti dengan beribadat, semoga kite dpt kelebihan pahala melebihi 1000 bulan bersamaan 83 tahun umur kita.

p/s: ohmygod omg omg, rupenye gaviscon tu BE... alhamdulillah dapat first BE, rezeki ramadhan.. Makasihhh bebanyak nuffnang..sayang lebih ni!

Monday, August 8, 2011

Tentang perfume

Nak berbau harum di hari lebaran tanpa berbau hangit setelah jauh berjalan mengutip duit raya? Ini bukanlah iklan tajaan One drop perfume mahupun perfume paradise. Tapi teyn nak cite sket pasal perfume yang korang beli seminggu skali sebab bile sembur punya banyak xingat dunie=.="
Ada 4 jenis perfume
1. Cologne -4% minyak pati
2. Eau de toilette (EDT) -8%-15% minyak pati
3. Eau de perfume (EDP) - 15%-22% minyak pati
4. Parfum -22% minyak pati

Jadi pepandai lah korang pikir yg mana satu korang pakai dari pagi smpai esok dok bau lagi..

Tips untuk pakai perfume

Waktu siang: semburkan pada pergelangan tangan, sendi kaki dan perut. Cara ni utk elakkan tindak balas perfume ngan sinar UV supaya xberlaku skin irritation.
Waktu malam: spraylah sesuka hati anda smpai abis sebotol, tapi lebih afdal dekat leher

-nak tau perfume ori ke x? goncang perfume tu pastu tengok buih dia.. kalau sikit pastu cepat ilang tu maknenye tak ori~

Xtau nak pilih perfume yang mana?? Boleh try kuiz kat sini dan kat sini okayyy

Macehhh sudi baca~ ^_^

Friday, August 5, 2011

Nak kutuk atau nak bagi nasihat?

Dalam petang yang syahdu, teyn tengah membelek2 serta mengstalk2 fb (sape yang ade kat news feed tu memang siap kena stalk muahaha) tetibe terjumpa plak satu page ni. Nama page ni ANTI Pavilion KL Kids. Hmm ni screenshot dia


Page ini adalah untuk meng"anti" budak-budak yang suka berkeliaran di hadapan Pavilion. Katanya tak mahu anak dan bangsa kita terjerumus dalam kesesatan dunia & ideologi barat. Okay niat page ni dibuat memang baik, teyn pon sokong jugak.

Tapi bila teyn belek2 lagi (maklonglah stalker professional), orang sesuka hati post gambar orang yang diorang tak puas hati dan sesedap rasa mengutuk2 hamba allah tersebut (bulan2 posa pon ada=.="). Kenapa mesti nak post gamba orang yang tak senonoh tu? Bukan ke membuka aib orang tu benda yang x elok? Dan kenapa korang nak kutuk2 kat situ instead of korang pegi je bagi nasihat kat budak tu??
Rasanya objektif page ni dah menyimpang dan Admin page tu kena lah perbaiki balik bnda yang silap tu, bukan nya menambahkan kerancakkan sesi buat dosa berjemaah mengutuk2 orang.

Korang pulak rasa macam mana? Mintak pendapat korang, komen ye..

Macehh sudi baca=)

Menu berbuka puasa: Kuih Talam Gula Merah

Kepada makcik2 serta ahkak2 semua, hari ni teyn baik hati nak bagi resepi untuk menu berbuka puasa hari ini iaitu kuih talam gula merah... Adehhh sedapnye, peberet nihhh...

KUIH TALAM GULA MERAH

Lapisan Bawah:
1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.


Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.

Thursday, August 4, 2011

Spontaneous Thursday

First time nih teyn try spontaneous Thursday. Taktau sangat pon ni menatang apa. Okay ni dia:

You're saying that I’m not the same as I used to be, it's not completely untrue
This changed me is a stranger to myself as well. I'm sorry.

Oops bahasa omputeh plak, huhuhu;P

Tuesday, August 2, 2011

Lawak Pak Pandir

Di suatu petang yang cerah ..
Pak pandir dan bininya sedangmendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka sementara menunggu waktu berbuka puasa .
Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan." Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu,ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang ." kata ustaz itu.
Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tu.
Semasa sedang berbuka puasa malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir ni asyik terkentuuooot memanjang.
Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?".
"Tadi aku makan julap sebab tak baca doa, biar padan muka syaitan tu.. berak-berak makan julap..muahahahahaha ha!!!!!Sesungguhnya.. niat pak pandir memang suci..
Lagipon .. bulan puasa mana ade setan kan ?

Monday, August 1, 2011

Menu berbuka puasa

Wahhh hari ni 1st day puasa, amacam ok tak? Ke dah ada yang terlupa tak sengaja terkorek idung? Haha. Yayyy ada 29 hari lagi raya ni, boleh la start dengar lagu raya=.="

Apa menu berbuka puasa korang hari ni? Mesti korang semangat kan kan nak pegi bazaar ramadhan pastu dok pulun nak bli semua.. Makan untuk sorang beli makanan macam 1 bas nak makan, boleh buat stok bukak puasa sampai taun depan;P

Ala tak payah la korang nak fening2 kumbang nak pikir amende nak bukak puasa nanti. Mula2 memang la xtau nk makan apa tapi bila kat bazaar, semua benda nak makan. Camni je lah, korang pegi je lah bukak puasa kat masjid. Senang. Tak payah pikir, jimat masa, jimat duit. Makanan kat masjid pon sodap2 ape, siap lengkap dengan pakej percuma pahala sembahyang terawih sekali dengan sembahyang maghrib dan isyak.

Ape? Bukan slalu dapat pegi bazaar ramadhan, setahun skali je? Yelah2 pegilahhh tapi korang bawak 5 hengget je untuk sorang. Xyah bawak lebih2 nanti blanje yang merapu2. Cukup la kan 5hengget, beli yang muat masuk lam perut je. Kalau nak beli untuk sahur skali bole la bawak lebih sket, bawak 10 hengget, jangan lebih tau!

makan leklok lah, japgi tercekik ape pon xboleh;P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Umur belog teyn ni

Daisypath Friendship tickers