Friday, July 29, 2011

Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H Mengikut Negeri di Malaysia

Berikut adalah kadar pembayaran Zakat Fitrah bagi tahun 2011/1432H mengikut negeri2 di Malaysia. Pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun dengan beras (sama nilai) mulai 1 Ramadhan sehingga sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri sama ada melalui amil2 yang dilantik ataupun di kaunter2 bayaran zakat yang disediakan.

Kadar zakat fitrah pada sepanjang bulan Ramadan kali ini untuk hampir semua negeri di seluruh negara naik antara RM1 dan lebih RM2 bagi setiap orang melainkan Negeri Selangor kekal pada kadar lama. Kadar zakat 2011 boleh dilihat pada jadual dibawah (klik kalau mata tak berapa nak terang)
Waktu mengeluarkan zakat fitrah bagi bulan Ramadhan:
  • Wajib: Apabila terbenam matahari pada 30 Ramadhan hingga terbit matahari keesokan harinya.
  • Paling afdhal: Sebelum menuneikan Solat Sunat Hari Raya
  • Sunat: Dari 1 hingga 30 Ramadhan
  • Makruh: Selepas selesai menunaikan Solat Sunat Hari Raya hingga terbenam matahari 1 Syawal
  • Haram: Selepas terbenam Matahari 1 Syawal
Niat Zakat Fitrah
"Wang sebanyak RM_____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala"

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Umur belog teyn ni

Daisypath Friendship tickers