Thursday, July 7, 2011

Mai blajaq bahasa utagha #1

Hah...mai2 sapa2 yang nak kawen dgn org utagha tu buleh la blajaq loghat utagha dulu naa~~
Entry mengajaq loghat utagha ni dicadangkan oleh mak dan pak teyn yang kedua2 nya org utagha.. Tapi yg teyn bagi kali ni sikit ja sbb tu tajuk entry ada #1, kira mcm episod pertama la ni...
Sapa2 yang baca loghat ni, dinasihatkan membacanya dengan kuat...

Calon-calonnya~~
1) se-ghe-yat :reda/surut
contoh ayat :tunggu sat lagi hujan segheyat baru kita keluaq
2) ce-muih : bosan/jemu
contoh ayat :ishk aku cemuih hari2 dok tengok muka hang
3) be-le-moih : comot/kotor
contoh ayat :malas la nak pi pasar malam hujan2 ni satgi kaki belemoih
4) te-to-moih : jatuh tersungkur
contoh ayat :pakai kasut tinggi buat pa, satgi jatuh tetomoih baru tau
5) ka-waq : pencuri
contoh ayat :kunci pintu tu nanti kawaq masuk
6) gha-lit : leka/lali
contoh ayat: hang dok ghalit tengok tv, bila nak belajaq??
7) tem-bun : gemuk
contoh ayat: hang ni aku tengok makin lama makin tembun la
8) me-ghe-nyam : gatal
contoh ayat: dah tua2 pon dok meghenyam lagi nak kawin dua
9) ke-tit : gigit
contoh ayat: abih badan gatai nyamuk ketit
10) ta-haq : tahan
contoh ayat: hang pi la makan, toksah dok tahaq perut tu~

Nantikan sambungan episod mai blajaq bahasa utagha di pawagam berdekatan hahaha

16 comments:

apek poyo said...

wahhh...mcm tu ka...
ni kami mai naik gheghek...singgah mkn durian

Khairil said...

semalam dok tengah ghalit kat rumah, cemuih dok tengok tv cerita orang gemuk tembun gatal menghenyam nak kurus dok tahaq perut tak makan , tiba-tiba nyamuk ketit kaki lepas tu dengar bunyi kat luar ingatkan kawaq rupa-rupanya jiran sebelah tertomoih dengan moto sebab lupa buka tongkat , seghiyat darah aku...

hahaha..ok tak ,semua perkataan tu ada kat sini kan?...

apek poyo said...

dio org utara pandai la nak buat ayat..hahha

Nadya O'Conner said...

hehe..tangan kene ketit semut..:)

entry terbaru::#4 Spontaneous Thursday | ツ Miss Nadya Punyer Blog ツ

Afiq Ryunosuke said...

aku tkyah nk kalut2 dh nk blaja ckap uthara....
sbb ayahku org uthara...
^.^ tp thanks for share~~

Asiah Termizi said...

best2. suka nak belajar loghat2 negeri lain ni ;)

amir aizat said...

meghenyam tu yg salu pakai tuh,haha

caliph shuriken said...

klau kawan malas gi klas.. ckp kt diorg baloq liat, haa3...

Botak said...

berbuih mulot kalo blajo bahasa utara., hahaha..

Elie Lily said...

berbelit lidah ni!
hahha

iPai said...

hamboiq .. teraanya cakap utagha .. hehe

LOCKED said...

yohhhhhh deng susah lidah sarawak nyebut nehhh ahahhaha ! xD

Piasara said...

"akak ni org utagha jugak..tapi byk dah perkataan yg jarang guna...kalau guna semua real dialek utagha tu mmg best kan..tp slang mmg ada..sekali dgr jer org dah tau,org utara ni.."

syiela said...

syiela mai naik gerek :)

eB ezrin said...

i polo u ;p
http://mamaaerish.blogspot.com

Izzat Nazmi Saiful Bahri said...

tergeliat lidah ni nak menyebutnya.. haha~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Umur belog teyn ni

Daisypath Friendship tickers