Kelebihan orang pendek?? Bukan pendeklah tapi comel, kecil, molek, genit, petite, kenit dan sama waktu dengannya (malas nk listkan semua, nanti korang muntah=.=")
Okay, Teyn buat entry ni memang mengada2 ditujukan untuk diri sendiri. Ini adalah sebab TEYNTEYN MEMANG COMEL! (fuhh puas dpt tulis huruf besar, bold lagi). Secara jujurnya ketinggian Teyn, 147cm sahaje dan berat 39kg (okay teyn tau korang tgh cakap dalam hati: 'comelnya teynteyn') muahahahaha. Lagipon teyn dah biasa dan lali bila jumpa orang, orang kata: 'eh teynteyn, ingatkan tinggi, tengok dalam gamba mcm tinggi' =.="
Tapi takpe, xambik aty ponnn, rasa bangga lagi ada. Teyn bersyukur jadi orang comel terlampau ni walaupon xlepas jadi model catwalk mahupun jadi polis atau masuk palapes;P
Kelebihan pertama, boleh menyelit dan menyelinap sesuka hati gua di tempat orang ramai. Ala macam mamat kete dan mat rempit. Bile jam, mat kete dok termenung lam kete, mat rempit lak sebok cilok2 dan dapat sampai awal yayyy. Kalau lif penuh pulak, orang kecik bule menyelit masuk, lau orang besar, konpom lif tu berbunyi 'overload'. bhahaha. Termasuk la jugak nak masuk ke dalam LRT, monorel mahupun kura-kura KTM yang penuh mcm pek milo 3in1 tin sardin tu.
Kedua, boleh pecah masuk rumah orang sesedap rasa dan makan makanan kat rumah tu hahaha(gelak jahat). Ishk tak baek tak baek. Kalau rumah kunci tak leh masuk, orang kecik lah heronye, masuk ikut tingkap, hero2 seperti kamen rider dan ultraman semuanya hampeh, apa pon xboleh~ Lagipon nk panjat tingkap tu nak kene dukung, mestilah nk yg ringan je kan..kekeke
Ketiga, yesss tak sabar mau raya ni... Teyn dapat duit raya banyak nanti ni, korang ade ke?? Haha semuanya hasil penipuan ketinggian disamping buat muka comel mintak duit raya. Okay makcik2 bagi duit raya. Pastu dia tanya, belajar lagi ka? ckplah ye, dkt universiti skang ni. Last2, orang tu akan kata: 'nah la makcik bagi double', haha yes, mission accomplished! Lagipon, orang kecik dapat sesuka hati bagi diskaun kat diri sendiri bila masuk ke tempat seperti genting highland theme park dan sunway lagoon, bayar separuh harga beb!
ye, buat muka macam ni bila mintak duit raya
Keempat, bole pakai high heels tinggi mana pon tanpa ketakotan boyfriend malu nak jalan kat sebelah sebab anda lagi tinggi dari dia. Orang comel jugak lebih stabil. Kalau orang tinggi pkai heels, kan pelik, dah la tinggi pkai plak heels yg maximum punya tinggi tu, dah menambah tinggi, da jadi cam kl tower/tiang dah tengok;P Lagi satu, kalau beli baju kat topshop, siap ade satu bahagian name 'Petite', special untuk kite2 yang comel2 ni je. Xpernah plak tengok ada bahagian tulis 'Tall' hehehe.
Ape2 pon, semua ada kelebihan dan kebaikkan sendiri lahhh. Tapi bersyukur je lah dengan apa yg ada, jangan nak gedik ayam pegi China wat operation bagi kaki panjang>.<
p/s: makasihh
nuffnang kerana tambahkan sikit lagi earning saya;P