Sunday, July 31, 2011

Kutuklah orang yang tak tahu

Ini adalah entry luahan perasaan. Harap maklong.

Luahan perasaan kali ni adalah tak berpuas hati, tak puas jantung, tak puas perut, tak puas paru2 serta semua organ dalaman dengan orang yang suka sangat kritik orang yang tak tahu dan nak belajar ni.

Contoh situasi:
Teyn nak belajar masak megi ayam dengan Chef Wan (ini contoh sahaja, teyn pndai masak megi okay). Chef Wan pon suruhla: mula2 tuan2 dan puan2 kita rebus megi sehingga kembang. Teyn pon rebuslah tapi orang rebus pakai periuk, Teyn pakai kuali (maklonglah orang baru nak blaja, mana tau apa2, kasi redahhh je la). Dan lalu lah Chef Wan pon berkata: Apa buat macam ni!? Perempuan apa ni, buat ni pon tak tahu!!???
(Dalam hati: oh kalau rendam megi lam kuali, pompuan xguna lah, pompuan xboleh pakai? =.=")

Itulah salah satu contoh ye, diingatkan lagi skali contoh sahaja. Orang tu baru nak belajar, apa salahnya tegur elok2 cakap: 'xboleh buat macam ni, kena buat macam ni..' instead of cakap: 'ape ke bodoh bangang sangat kau ni nak wat bende camtu pon xreti'. Korang tau tak, ayat camtu boleh menjatuhkan semangat orang yang nak belajar tu, maybe dah malas dan xnak langsung belajar pasal benda tu. Kalau dia hebakk lagi terer, xdelah die terhegeh2 gedik ayam nak mintak tunjuk ajar lagi, buang mase je=.=" Oleh itu manis2 kan lah mulut anda serta tegurlah secara berhemah dan sabar lah sket wehhh, puase pon dh nk dekat ni kene byk bersabar~

Sekian sahaja luahan perasaan, sila kawal perasaan itu. Makasihhh sudi baca^.^

Friday, July 29, 2011

WAJIB KE REPLY SEMUA COMMENT?? | Segmen Cikgu Wan

Wajib ke reply semua comment? Ni segmen cikgu wan yang buat, walaupon xberapa nak ada idea dan hujah2 untuk perbahasan ni, teyn join je lah, kite kasi redahhh je, dimana ada kemahuan di situ ada highwayyy~~~~

Wajib ke reply semua comment??
Wajib kalau dalam komen tu dia tanya pasal benda yang die tak paham pasal entry tu. Dan slalunya diorang ni akan tick box 'email follow up comments to'. Kiranya diorang menanti jawapan untuk soalan diorang tadi. Selain itu, maybe silent reader pon tak paham benda yang sama jadi kalau kita reply comment, dah boleh tingkatkan pemahaman diorang.

Wajib ke reply semua comment??
Tak berapa nak wajib kalau cik anon yang komen. Bagi Teyn, kalau cik anon komen tak puas hati ngan kita, dia akan check blog kita hari2 sebab dia tunggu apa kita reply kat dia. Bila dia check hari2, muahahaha naiklah bilangan page view. Bila kita tak reply, dia akan belek2 blog kita hari2 untuk cari kesalahan yang lain.kekekeke.

Wajib ke reply semua comment??
Tak wajib kalau yang komen tuh merapu, tulis macam tambi jual kacang, xde kene mengena ngan entry tu seperti 'please follow me. i'll follow u back'. wakluuuu... memang mintak penampo ini orang. Diorang ni xdenye die nk check balik kite reply ke tak. Lagi satu yang tulih ayat mengada2 tak cukup sifat atau terlebih huruf seperti 'suka lettew'. whatthefish is lettew, man??? Teyn dok pikir smpai tujuhplohpat hari tujuhplohpat malam smpai sasau amende la lettew uh, naseb cikguwan bagitau lettew tu ialah 'la tu'..=.="

Wajib ke reply semua comment?
Tak berapa wajib jawab setiap satu.. kalau orang yang follower dah beriban2, comment mesti beratus2 kan.. uiii naa sampai tahun depan tak abih2 nak reply satu2 comment tu. Nak2 pulak satu hari ada 2-3 entry, memang masak lah nak komen satu2. Boleh la tukar pekerjaan: tukang reply komen sepenuh masa;P

Wajib ke reply semua comment?
Tak berapa nak wajib bila orang komen tu kritik blog kita atau bagi pendapat diorang. Ala, cakap makasihhhh je pon dah cukup rasa dihargai kan. Kalau korang reply dan bangkang pendapat pengomen tu, dah satu hal plak berperang pastu bermasam muka.=.="

Tu saja hujah2 dari saya ya, logik kan kan...hahaha kalau ade ape2 dok pehe bule comment, nnti teyn reply;P
Makasihh sudi baca^.^

Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H Mengikut Negeri di Malaysia

Berikut adalah kadar pembayaran Zakat Fitrah bagi tahun 2011/1432H mengikut negeri2 di Malaysia. Pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun dengan beras (sama nilai) mulai 1 Ramadhan sehingga sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri sama ada melalui amil2 yang dilantik ataupun di kaunter2 bayaran zakat yang disediakan.

Kadar zakat fitrah pada sepanjang bulan Ramadan kali ini untuk hampir semua negeri di seluruh negara naik antara RM1 dan lebih RM2 bagi setiap orang melainkan Negeri Selangor kekal pada kadar lama. Kadar zakat 2011 boleh dilihat pada jadual dibawah (klik kalau mata tak berapa nak terang)
Waktu mengeluarkan zakat fitrah bagi bulan Ramadhan:
  • Wajib: Apabila terbenam matahari pada 30 Ramadhan hingga terbit matahari keesokan harinya.
  • Paling afdhal: Sebelum menuneikan Solat Sunat Hari Raya
  • Sunat: Dari 1 hingga 30 Ramadhan
  • Makruh: Selepas selesai menunaikan Solat Sunat Hari Raya hingga terbenam matahari 1 Syawal
  • Haram: Selepas terbenam Matahari 1 Syawal
Niat Zakat Fitrah
"Wang sebanyak RM_____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala"

Thursday, July 28, 2011

Kelebihan orang pendek


Kelebihan orang pendek?? Bukan pendeklah tapi comel, kecil, molek, genit, petite, kenit dan sama waktu dengannya (malas nk listkan semua, nanti korang muntah=.=")
Okay, Teyn buat entry ni memang mengada2 ditujukan untuk diri sendiri. Ini adalah sebab TEYNTEYN MEMANG COMEL! (fuhh puas dpt tulis huruf besar, bold lagi). Secara jujurnya ketinggian Teyn, 147cm sahaje dan berat 39kg (okay teyn tau korang tgh cakap dalam hati: 'comelnya teynteyn') muahahahaha. Lagipon teyn dah biasa dan lali bila jumpa orang, orang kata: 'eh teynteyn, ingatkan tinggi, tengok dalam gamba mcm tinggi' =.="

Tapi takpe, xambik aty ponnn, rasa bangga lagi ada. Teyn bersyukur jadi orang comel terlampau ni walaupon xlepas jadi model catwalk mahupun jadi polis atau masuk palapes;P

Kelebihan pertama, boleh menyelit dan menyelinap sesuka hati gua di tempat orang ramai. Ala macam mamat kete dan mat rempit. Bile jam, mat kete dok termenung lam kete, mat rempit lak sebok cilok2 dan dapat sampai awal yayyy. Kalau lif penuh pulak, orang kecik bule menyelit masuk, lau orang besar, konpom lif tu berbunyi 'overload'. bhahaha. Termasuk la jugak nak masuk ke dalam LRT, monorel mahupun kura-kura KTM yang penuh mcm pek milo 3in1 tin sardin tu.

Kedua, boleh pecah masuk rumah orang sesedap rasa dan makan makanan kat rumah tu hahaha(gelak jahat). Ishk tak baek tak baek. Kalau rumah kunci tak leh masuk, orang kecik lah heronye, masuk ikut tingkap, hero2 seperti kamen rider dan ultraman semuanya hampeh, apa pon xboleh~ Lagipon nk panjat tingkap tu nak kene dukung, mestilah nk yg ringan je kan..kekeke

Ketiga, yesss tak sabar mau raya ni... Teyn dapat duit raya banyak nanti ni, korang ade ke?? Haha semuanya hasil penipuan ketinggian disamping buat muka comel mintak duit raya. Okay makcik2 bagi duit raya. Pastu dia tanya, belajar lagi ka? ckplah ye, dkt universiti skang ni. Last2, orang tu akan kata: 'nah la makcik bagi double', haha yes, mission accomplished! Lagipon, orang kecik dapat sesuka hati bagi diskaun kat diri sendiri bila masuk ke tempat seperti genting highland theme park dan sunway lagoon, bayar separuh harga beb!
ye, buat muka macam ni bila mintak duit raya

Keempat, bole pakai high heels tinggi mana pon tanpa ketakotan boyfriend malu nak jalan kat sebelah sebab anda lagi tinggi dari dia. Orang comel jugak lebih stabil. Kalau orang tinggi pkai heels, kan pelik, dah la tinggi pkai plak heels yg maximum punya tinggi tu, dah menambah tinggi, da jadi cam kl tower/tiang dah tengok;P Lagi satu, kalau beli baju kat topshop, siap ade satu bahagian name 'Petite', special untuk kite2 yang comel2 ni je. Xpernah plak tengok ada bahagian tulis 'Tall' hehehe.

Ape2 pon, semua ada kelebihan dan kebaikkan sendiri lahhh. Tapi bersyukur je lah dengan apa yg ada, jangan nak gedik ayam pegi China wat operation bagi kaki panjang>.<

p/s: makasihh nuffnang kerana tambahkan sikit lagi earning saya;P

Wednesday, July 27, 2011

Monday, July 25, 2011

Segmen putus cinta

Klik SINI untuk join...

Haha kali segmen putus cinta... segmen sedih niii..huhuhu...
Nak tak dengar cerita putus cinta Teyn? Tapi cinta monyet je la.. Dengar ni ye teyn nk cerita, jangan tido tau~

Masa muda2 dulu pada tahun 2007 (muda lagilah baru 17), time tu baru abis sekolah (abis SPM merdeka!! haha). Teyn berkenalan ngan sorang mamat nihh, nama samaran Y. Berkenalan biase2 je lahh, pastu die lak mintak couple hah.. Mula2 teyn xmau, tapi dia dok pegi tepon kawan2 teyn suruh pujuk teyn terima dia=.=" So kesian ngan kawan2 teyn semua terganggu, teyn pon terima je lahhh.. layanzzz

Time bercouple biasalah, everything is too good to be true... Apa teyn nak, cakap ja, Y bagi semua.. Akaun bank teyn, Y bank-in smpai ada Rm3000++ dalam tu. Daripada Teyn xpandai minum starbucks sampai jadi pakar minum air starbucks, coffee bean dan air2 mahal bagai~ Hampir setiap hari pulak tu kitorang jumpa...

Pada suatu hari, dia janji mau datang tapi dia xdatang2. Sungguh pelik dan ajaib. Teyn pon tunggu dan tunggu, call tepon pon off memanjang. Hmmm.. x boleh jadi ni, esoknya teyn pegi kat area rumah dia kat Selayang (boleh tak bayangkan Putrajaya ke Selayang??=.="). Pegi sana nasib terjumpa kawan dia huhu.. Nak tau apa dah jadi dengan dia???
Dia dah masuk lokap! Tak tau la sebenar2nya apa kesalahan dia kerana banyak versi cerita dari orang tapi teyn rasa kes curi, mungkin curi motor... Bila dah tau tu, terus teyn teringat duit2 yg dia belanja teyn semua duit HARAM! Patutlah dia banyak duit walaupon xkerja, bila ditanya dia kata mama dia yang bagi=.="

Masa kawan dia dok story mory kat Teyn tu, datang pulak seorang budak pompuan, nama samaran F. Kalau nak tau, F ni adalah kekasih si Y sorang lagi! Rupa-rupanya bila siang Y dengan teyn, bila malam, Y dengan si F. Diorang berdua slalu tengok cerita indon 'Puteri yang Terbuang' sama2 kat rumah si F. Dah lah tengah sedih frust ni, kakak angkat si F ni pulak nak cari gadoh dengan teyn (ade ke patot nk wrestling ngan teyn yg comel ni=..=")

Nasiblah abang kepada si F ni ok. Abang si F ni story mory la dekat teyn pasal Y (sebab diorang berdua member). Ada lagi benda yang mengejutkan teyn dapat tau. Dulu si Y ni pernah couple dengan sorang ni, nama samaran N. Pendekkan cerita, si N dan Y ni dah ada anak bersama. Ya saya ulang, ada ANAK bersama. Tapi Y taknak bertanggungjawab.

Time tu memang down abis2 la. Tak tau nak pikir apa. Tapi teyn sekarang kawan dengan si F dan N. Semalam baru jumpa N, peluk2 lagi. Ape2 pon Teyn pegang kata2 ni
If You Really Love Something Set It Free.
If It Comes Back It's Yours, If Not It Wasn't Meant To Be.

Tu jelah salah satu cerita putus cinta tragis yang teyn lalui. Ada banyak lagi sebenarnya...

Macehh sudi baca^.^

Blogwalking oh blogwalking

Hoyeahh tataplahh gambar di atas sepuas2nya smpai terkeluar bijik mata, pasti anda tak loya tekak punya;P

Tengok tu kesian orang lidi tu jalan2 pastu jatuh dan mati=.="
Teyn tengok gamba ni rasa sedih hingga menitis hingus ke lantai;P
Tu lah yang jadinye bila sehari xblogwalking. Semalam teyn xde blogwalking langsung dan tadaaa, hambek kau trafik jatuh menjunam macam polis trafik terjatuh dari motor besarnya di depan org ramai=.="
Tak blogwalking sebab smalam seharian busy (maklonglah VIP *perasan*) hahaha. Memang slalunya kalau hari ahad, trafik blog Teyn akan jatuh sebab tiap kali Ahad slalunye kurang blogwalking, mesti pegi merayap serta meronggeng di kota=.='

Oleh itu tuan2 dan puan2 serta penduduk2 kampung pisang semua, di sini saya ingin sekali lagi menegaskan hujah saya bahawa 'blogwalking itu amatlah penting untuk kemajuan belog' supaya tidak jatuh dan mati seperti orang lidi di atas. Tengok ni, gara2 xblogwalking, kepale otak Teyn pon jadik blur xketahuan hala, xtau nak wat entry dan merepek pasal apa. Adehhh.

Secara kesimpulannya, rajin2lah berblogwalking atau pon nama lain nya blogpecut bak kata jijah disamping meningkatkan kerajinan buat entry.

Sekian sahaja sesi berpidato dari saya, macehhh sudi baca;P

Saturday, July 23, 2011

CIKGU WAN BLOGGER GILA | SEGMEN SEO

SAYA JOIN SEGMEN CUBA-CUBA SEO ANJURAN WANCIKGUMUZIK DAN DAPAT HADIAH HEADER VERSI RAMADAN DARI CIKGU MUZIK YANG GILA TUUHH..!! KLIK SINI KALAU NAK JOIN

Cikgu Wan Blogger Gila! Hahaha Teyn try2 je wat gila nih join segmen cikgu wan blogger gila ni.. Haha Teyn bukan reti pon main SEO2 ni, harap2 pas masuk segmen cikguwan blogger gila ni dapat la menhebakkk serta menterarrr kan diri bermain SEO2 ni.

Cikgu wan blogger gila?? Memang gila wa cakap lu wehh... orang gila pon tak gila macam cikguwan blogger gila nihhh kuikuikui.

Satu sebab cikgu wan blogger gila adalah dia baru saja jadi blogger tegar brapa bulan, follower dah naik banyak gila, hebakkk gila lahhh cikgu wan~
Kedua sebab cikgu wan blogger gila sebab cikgu wan suka mengorat makwe.. kahkahkah memang gila, teyn pon xterkecuali termasuk list yg dingorat oleh cikgu wan blogger gila nih. Dulu masa mula2 pon teyn dok ingat orang gila mana gatai ni hihihi. Teyn sampai naik gila bila cikgu wan blogger gila ni buat entry jatuh cinta dan teyn pon buat entry menggila, putus cinta (walaupon sbnarnye takde kene mengene;P)
Sebab musabab ketiga cikgu wan blogger gila, dah la gatai merenyam, ohmygod GAY pulak tu hahaha. Gila la tamak sungguh cikgu wan blogger gila ni, semua cikgu wan nak pulun sorang kat dia. Apalah cikgu wan, bak mai lah sikit, sharing is caring hahaha. Nak tengok entry cikgu wan GAY, tengok kat sini.
Sebab keempat cikgu wan blogger gila adalah die wat entry gila gila bertajuk Gambar Maria Ozawa Bogel | Fully Naked | 18SX | 8 gambar. Memang gila lah, kat situ cikgu wan letak semua gambar fully naked. Dan juga yg lebih gila, cikgu wan mengaku dia memang suka gila ngan maria ozawa..hahaha cute katanya=.="
Sebab terakhir cikgu wan blogger gila ialah dia telah menyebabkan teyn membuat pengakuan gila yang lebih gila daripada pengakuan adinda evans. Hahaha nak tau apa pengakuan gila tu, tengok kat sini. Memang dasat gila, adehhh.

Walaupon cikgu wan blogger gila ni memang gila hingga patut dihantar ke wad gila supaya jadi lebih gila, akan tetapi cikgu wan adalah seorang yang baik gila wa cakap lu derr. Sebab dalam segila gila cikgu wan, cikgu wan selalu tolong teyn supaya menjadi blogger yang hebakkk serta gila macam cikgu wan. Dah la dia pegi buat entry gila nk promote pasal teyn, tajuk pon gila iaitu Model Terlampau | Teynteyn kantoi | Gambar pastu letak gamba besar gila smpai boleh nampak bulu hidung=.=" Cikgu wan blogger gila pon rajin gila mengomen entry2 teyn yang mengarut gila xketahuan hala tu. Ape2 pon macehh cikgu wan.

Okaylah tu je la nak cakap pasal cikgu wan blogger gila nihh... lau ada apa2 lagi benda gila terlintas lam otak ni teyn tambah lagi kikiki. Adehhh teyn pon rasa macam dah nak gila dan sasau ni wat entry ni kekeke.

p/s: kepada cikgu wan blogger gila, mintak ampun mintak maap walaupon belum raya jika tacing atau termakan cili dengan entry yang gila ni. Harap2 raya ni cikgu wan bagi teyn duit raya banyak2 ye. Macehhh sudi baca dan jadi gila bersama baca entry panjang gila ni=.="

Rahsia ketiak teynteyn wangi

Ni nak pokpek pasal ubat ketiak atau nama glemernya deodoran. Tau tak deodorant?? Ala yang korang sapu kat ketiak tiap ari, kalau tak sapu rasa resah gelisah sentiasa tu... Haha idea pasal ubat ketiak ni sedikit sebanyak disumbang oleh wan_cikgumuzik sebab ari tu time dok sembang2 terkeluar plak topik pasal ubat ketiak. Hahaha

Camne deodoran ni berfungsi?? Deodoran diperbuat drpd wangian/perfume untuk tutup bau busuk bila bakteria dengan seronok bermain2 di ketiak korang yang berpeluh mencurah2 ke ladang gandum. dan jadilah koko crunch!
Okay yang tu kira ok lagi, yang ada antiperspirant tu... tu yang bahaya.. Satu, sebab Aluminium Chlorohydrate digunakan untuk buat road block kat ketiak korang supaya peluh2 tak boleh keluar pergi perhimpunan bersih=.=" Kedua, bila dah road block, jadi semua peluh2 mendap je kat dalam rumah, xleh nak kuar... Bila dah mendap jadi tension, tu yang boleh sebabkan macam2 penyakit. Kan peluh ni untuk buang toksin dan garam berlebihan dalam badan kita. Tengok, kalau kita demam pon bagi berpeluh trus elok demam. Ada jugak doktor cakap ni bole sebabkan kenaikan risiko kanser payudara. Hah, yang laki xpayah nk cakap 'fuhh, legaaa'.. korang ingat laki x kene kanser payudara??? Tak terkecuali okayyy..

Jengjengjeng Teyn mau bagitau satu rahsia niii.. syyhhh jgn bgtau org len, kite2 je tau... Hehehe kalau nak tau, Teyn xpernah pakai deodoran. Ya saya ulang, TAK PERNAH. Mungkin korang rasa eee jijik dan pengotornya teynteyn... Tapi hakikatnya, disebabkan xpernah pakai deodoran, badan Teyn xberbau pon... Tu la mcm org cakap, skali dah pakai xboleh stop sbb once xpakai bau badan jadi semerbak baunya smpai memengsankan orang=.="
Lagi satu, time mandi tu gosok la betoi2...jangan malas sangat nak mandi kambeng je...=.="

p/s: kepada makcik2, jgnlah ajar anak2 kamu pkai deodoran ye

Thursday, July 21, 2011

Putus cinta

Putus cinta, semua orang mesti pernah rasa kan?? Kecuali klau korang xbercinta, mmg xrasa lah putus cinta.
Bercinta punya sakan, bila kena tinggal sedih dan kecewa x ingat dunia. Kadang2 tu ego, xnk ngaku, blagak happy sokmo depan member.. Tapi ade beberapa perkara kurang cerdik yg org putus cinta slalu wat (maklong lah otak dh xboleh pikir sgt, paham sgt):
- kelar tangan pastu amik gamba letak kat facebook. tak pon amik gamba mata tgh mnangis jdi profile pic kat fesbuk.
-update status kaw-kaw dkt mana2 laman sosial, blog tak terkecuali;P
-menangis 2hari 2 malam (mcm pakej percutian) tnpa henti smpai disumpah jadi panda
-merayu2 sambil hingus menitis2 ke lantai supaya diterima balik
-terkeluar carutan seperti WTF(what the fish) dan CB(cheeseburger) menyalahkan takdir=.="
-gedik ayam dan2 ubah prangai. yg pompuan pkai tudung trus bukak, yg laki xpenah isap rokok dan2 smoke the ganja evryday;P
-ubah angin.. tukar selera ke jantina yg sama
-balas dendam.. try wat org len rasa sama cam kita rasa..
-bunuh diri<---hok ni mintak simpang.. shortcut pi neraka>.<

kalau mcm ni buleh buat...hehehe


Patutnye wat mcm ni:
-Wat2 busy smpai lupa. Contoh gi tgk bola ngan member smpai ngantok, balik umah trus tido.
-ce citer masalah kat member. Cerita se-detail mungkin dar A-Z, lantaklah org nk kata membuka pekung di dada pon... janji puassss~
-Rasa nak maki dan carut, jgn maki takdir. Sila call ex korang tu dan marah la semarah marahnya wlaupon sedikit sbanyak korang pon bsalah smpai perpisahan tu brlaku
-silalah delete smua gamba2 berkepit2 anda dari pesbuk mahupun mana2 social network. Untag gmba berkepit yg dh ditag, delete msg2 cintan cintun. Watpa simpan kalau dah x sayang?
- xperlu la nk delete fren/block.. mna tau nntikorang kawan biasa ngan dia kan segan plak nk add dia blik
-Tahanlah nafsu nak stalk tu skett.. makin stalk makin tambah rindu..pencen jadi stalker kejap!

Hah tu je lahhh tp sbnarnye ade byk lagi... Kita kena ingat, kadang-kadang yang kita kasihi tu tak kan jadi milik kita selamanya. Percayalah ada jodoh yang lebih baik untuk kita kalau perpisahan terjadi. Kita akan bertemu dengan orang yang bukan jodoh kita berkali-kali sebelum ditemukan dengan jodoh kita sendiri.

Maceh sudi baca;P

Wednesday, July 20, 2011

Wordless wednesday: Budak sesat

Xtaulah anak sapa sesat tang ni wehhhh, dok sebok nk interprem jugak~~ mana mak dia..lalalala

Tuesday, July 19, 2011

Facebook xboleh bukak!!?

Selamat pagi... kepada smua yg makan facebook, minum facebook, tido facebook sekalian... Korang mesti tengah panik, cemas lagi serabut perut sbb xboleh log in facebook en en. Ala facebook tu saje je nak manje2 bg korang rindu skejap kat dia..<--ok ni tipu dan mengada.

Haha bila xleh log in, korang janganla nak perasan sgt korang punye fb dihack oleh hacker anonymous atau hacker underground Malaysia, apa pon xbolehhh (yang ni kes lain pulak yang org chat hantar link apekejadah tu xtau)~
Salah satu sebab musabab ahmad albab korang xleh bukak tu sbb fb skang ni tgh upgrade CHAT/IM (yg kini dalam bentuk sidebar yg meng-annoyingkan=.=") supaya ada VIDEO CHAT. Hebakkk kan kan. Dahla fb geng dgn skype..best2 vid chat skype lajuuu i loike. Hah lepas ni bule la korang tunjukkan muka bangun tido disamping bantal busuk yg masam serta kecantikan bilik bersepah yang kononnye berseni itu.hihihi. Maybe lam minggu ni vid chat tu dilancarkan, janganla xsabar sgt, sabar ye;P
tak percaya?? baca kat *sini* tapi bahasa omputeh la

Monday, July 18, 2011

Tips dapat idea mencurah2 ke ladang gandum

Tadi masa teyn dok blogwalking, terjumpa blog shahiela dan teyn pon bacalah entry dia... Entry dia bertajuk Sehari 2-5 post ni dok merungut katanya dia xda idea nak wat entry tiap2 hari... Meh sini teyn bg tips supaya dpt idea berjuta2 lemon dan mencurah2 ke ladang gandum;P

1) Kalau blogwalking tu, jangan singgah saja, baca entry skali. Macam yang teyn buat ni, baca entry kat blog shahiela, dapat idea nak wat entry ni^.^
2) Pagi2 baca suratkhabar atau berita online, jgn baca masuk mata kiri keluar mata kanan, bule la petik satu tajuk lam berita tu tp jangan la copy paste, bagi la pendapat korang atau komen sikit tentang isu/berita tu.
3) Pastu shahiela cakap kehidupan seharian dia sama saja, pergi kerja, buat kerja, balik kerja, tido. Tak ada benda or aktiviti best nak cerita. Sebenarnya, kamu kena peka dengan benda sekeliling. Masa pergi keja atau balik keja tu mesti ada benda yg korang nampak sebenarnya boleh diceritakan mcm apa org cakap, apa diorang buat, cmna perasaan diorang. Contohnya mcm teyn nampak longkang teringat berudu, lalu terkluar entri Aku pon ensem jugak hehehe..
4) Yang ni lain sket, mesti kamu ada akaun nuffnang kan kan?? haa kamu bukak nuff kamu dan tengok bahagian keywords.. dari keywords tu kadang2 boleh bg kita idea untuk buat entri sbb kadang2 diorang ni search benda pelik2 hihihi~

Okay, semoga entry ni sedikit sebanyak dapat bantu kamu2 yg kering idea tu^.^

p/s: hehe makasih nuffnang kerana ada sikit pertambahan earning, sikit2 lama2 jadi bukit;P

Korang tahu tak nih??

Teyn pon baru tahu hari ni pasal fakta2 ni. So teyn nak share ngan korang sket^.^

1) Tikus atau lebih dikenali sebagai Cik Ti idup lebih lama tanpa air berbanding unta.
2) Korang x menangis kalau makan chewing gum mase kupas bawang.
3) Secara purata, setiap hari, sebanyak 12 bayi baru lahir dibagi pada parents yang salah=.="
4) Angkasawan xbuleh mkn kacang sblum naik ke angkasa sbb kalau diorang kentut nnti spacesuit tu rosak (kalau nak kentut jugak terpaksa simpan dulu)
5) Kelawar mesti pergi ke kiri tiap kali kuar dari gua.
6) Buku Guinness Book of Records memegang rekod buku paling banyak dicuri di perpustakaan awam.
7) Oh ye, kalau korang geletek Cik Ti, Cik Ti akan gelak.
8) Kebanyakan button tekan kat traffic light (untuk lintas tu), xde kesan apa2 pon bila ditekan, bnda tu diletak untuk bg tukang tekan tu rasa ada kawalan ke atas trapik light tu je.
9) Madu adalah satu2nya makanan yg xakan basi, buruk mahupun expired (klau yg expired tu maknenye xori punya)
10) Sotong kurita ada 3 hati

okay teyn tau gamba ni xde kene mengene(xsabik) tp saje letak sbb rase comel;P

Sunday, July 17, 2011

Speechless sunday

Hari ini xde entry yang best, harap maaf kerana hari ini mood xstabil dan kemurungan memanjang. Ape2 pon korang layan je lah vid teyn nyanyi ni, hmmm...

Saturday, July 16, 2011

Otak kau negatif

Harap maaf ini adalah entry luahan perasaan. Kepada sesiapa yg xbuleh baca ni, rasa loya2 tekak tu sila pergi toilet skarang, nnti tercicir susah pulak=.="
Bukannya apa sangat pon, teyn just xsuka sangat la dengan orang yg asyik berfikiran negatif ni.. tak penat ke asyik pikir negatif2 je pastu diri sendiri yang sakit hati~
Contoh2 situasi org berpikiran negatif:

Contoh 1
Pakwe: Saya nak keluar jalan2 dengan kawan kejap.
Makwe: Ohhh ni mesti nak pegi mengorat makwe lain
Lalu terjadi lah pergaduhan dunia ketiga~

Contoh 2
Pakwe: Kenapa i tepon u off tepon?
Makwe: Ala i kuar ngan kwn i, henpon abis bateri
Pakwe: Ahh xde, ni mesti dating ngan balak lain ni
Perang lah lagi=.="

Cubelah berpikiran positif skettt... Hati pon senang~ Cube cakap mcm ni:

Contoh 1: Ohh kesian awak kan boring dok rumah je lagipon awk dah lama xjumpa lepak2 ngan kawan2 awk tu.

Contoh 2: Ohh ni mesti ambik gamba beriban ngan membe ni smpai abis bateri tepon tu

Hah kan rase senang hati, tak resah gelisah lagi... Memang la xboleh nak berfikiran positif sepanjang masa tapi berpada2lah nak pikir negatif jeee memanjang. Sikit2 bole la, lame2 nanti org pon naik rimas dan meluat tau tak.=.="

Sekian terima kasih. Silalah komen=)

p/s: entry ni xda kaitan dgn yg idup mahupun zombie. harap maklong;P

Jom daftar ramai2!

Selamat hari sabtu semua!! Ni mesti korang sebok siap2 nak pegi jalan kan kan. Makasihhh kerana menyempatkan diri bace entry ni...
Dalam entry ni, Teyn bukan nak membebel mcm biase hehehe nak promote n nak ajak korang join benda ni ramai2~
Jom la kite same2 wat organ donation atau derma organ (bukan organ yg men muzik tu tau)
Bukan ape, nanti dah mati korang derma je lah organ2 tu bukan pakai lagi ponnn, watpe membazir bagi ulat2 kat lam tanah tu mkn, baik bagi org lain pakai betoi tak??
Dapat pahala besar tau derma organ niii... Doktor2 pon cakap skang ni ramai org mati sbb xdapat penderma organ, cube bygkan dgn organ2 korang tu, korang dapat slamatkan beberapa ketul nyawa.. kan best tu~

Cara nak daftar? Senang je~ Korang pegi kat website ni:
Pastu klik donor registration, die kuar mcm gamba bawah ni, korang klik kat tempat yg mcm teyn bulatkan tu (klik kalau mata xbrapa terang):
Pastu dia akan kluar mcm kat bawah ni (klik klau mata x brapa terang) tapi make sure korang connected dengan printer sebab lepas isi korang kene print untuk korang tandatangan. Kat situ korang bule pilih nak derma mata saja ka, jantung saja ka atau nak derma semua organ, terpulang pade masing2=)
Pastu buleh la post ke:
Pusat Sumber Transplan Nasional
(National Transplant Resource Center)
Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang,
50586 Kuala Lumpur, Malaysia.

senangkan~ slamat menderma^.^

Friday, July 15, 2011

Aku pon ensem jugak

Korang mesti tau kan berudu... ala berudu anak katak tuuu... ni xde kene mengene dengan budu okayyy=.="
haaa ni gambo berudu~
bukak gamba kat new tab kalau mata xbrapa nak terang;P


Penah tengok muke berudu tak?? Mesti xpenah kan kan kan... Meh sini nak tunjuk muka berudu, ni gamba kat bawah mikroskop..
Ni ha diaaaa~


Hensem kan kan kan? kekekek... siap posing n senyum lagiii... ade gak rupe mcm mak bapaknye..hehehe.. ade sape nak mengorat?? lalala~

p/s: teringat dulu2 kecik2 teyn slalu time balik skolah tangkap berudu dalam longkang pastu jemur atas batu (knonnye masak2).. kejam gila! =.="

Thursday, July 14, 2011

Mai blajaq bahasa utagha #2

Episod kedua pulak nora elena blajaq bahasa utagha~ Sila sebut kuat2 okayy!

1) Ter-pe-le-ot : Tergeliat
Contoh ayat: Kaki aku terpeleot jatuh tangga semalam
2) To-kak : Gigit
Contoh ayat: Jaga2, sat lagi Miku(hamster) tokak jari hang.<--Miku mintak interprem sket hehe
3) Gey-ghek/gerek : Basikal
Contoh ayat: Hang pi kedai sat beli bawang, pi naik gerek tu.
4) Ghan-dok : Redah
Contoh ayat: Tak larat la nak kena ghandok ayaq bah (banjir).
5) Sene-gheh: Selisih
Contoh ayat: Abih calar kereta aku senegheh ngan moto tu.
6) ghe-lin: Jeling
Contoh ayat: Amboi hang ghelin kat aku, macam nk terkeluaq bijik mata.
7) Te-nga-long/pung-gai: Baling
Contoh ayat: Hang jangan macam2, sat lagi aku tengalong batu satgi baru ada akai kot.
8) Ma-nih me-le-caih: Terlalu manis
Contoh ayat: Tu dia aih teh ni manih melecaih, gula tumpah ka apa ni
9) Ghe-yau/teriak: Menangis
Contoh ayat: Hang toksah dok gheyau la, huduh sungguh aku tengok muka hang
10) Ku-tey: Cubit
Contoh ayat: Padan muka hang kena kutey ngan cikgu.

Hehehe amacam? Dah terbelit lidah?? kuikuikui;P
Nak tengok yang episod pertama??? Tengok kat *sini*

Tuesday, July 12, 2011

Putrajaya Floria 2011

Korang tau kan dari 9 sampai 17 Julai kat Putrajaya ni ada Floria 2011 (ala yg mcm pesta bunga dan taman tu)... Memang best sangat floria ni, dapat berlari2 dan berguling2 kat taman bunga. Strategi yg bagus lagi hebakkk utk tarik pelancong=)

Tapi ade satu bende la yang Teyn rase tak brape nk puas hati ni.. Pasal bunge api... haaa ade ape dengan bunge api??
Memang best la malam2 tengok bunge api, tambah2 lagi time korang berdating ngan gewe korang... Tapi floria ni agak2la wehhh sampai tiap2 malam selama 9 hari ade bunga api! Ni pon Teyn baru pas tengok bunge api melalui tingkap bilik. Tiap malam tgk bunge api ni Teyn dok pikir; tiap2 malam agaknye berapa puluh atau mungkin ratus ribu dibakar untuk bunge api ni. Ya allah pembaziran sungguh! Memang setan suke sangat lah ni, setan pon melompat2dengan gembira skali dgn bunge api yg naik tu=.="
Pastu macam kesian pulak dengan baby2 termasuk la mak2 dan bapak2 baby yg nak tido tu mesti terkezut dengar bunyik bunge api ni... kuat kott, ade kawan dok kat bandar tasik selatan pon boleh dengar katenye...

Ish ish tau la nak buat happening2 pon berpada2 lah.. wat kasi logik skit,duit rakyat tu wehh;P

Twitter

Hari ni dok kat rumah tak tau nak buat apa jadi Teyn pon menggatalkan tangan buat akaun twitter..ye sy ulang, twitter~

Teyn dah ada akaun TWITTER!!

Klik gamba kat bwh ni utk tgk profile twitter Teyn okayyy, nak polo pon bule~

Orang lain dah lama dah ada Twitter ni, dah nak basi dah pon... Teyn baru terhegeh2 nak buat=.=" Ketinggalan betoi, nak wat camne, dah cukup fenin melayan facebook, tambah lagi fenin layan twitter..aiyoyo.. Teyn pon bukan reti sgt guna twitter ni, kpada sesapa yg pro twitter ni, tolong beri tunjuk ajar~ Hehe..

Oh ye, smalam Teyn dapat follower yang ke 345... cantekkk punya nombor...
follower ke 345 Teyn adalah Azhafizah... Teyn suka sgt belog dia, comeyyyy, pink colour lak tu,
lagilah i loikeee...mostly die cerita pasal personal experience dia n ade ajar bahasa jepun tau.. Blog dia ni hebakkk tau, siap masuk majalah remaja lagi wa ckp lu derrr~
Okeh jom kite pegi jenguk blog cik Azhafizah ni, klik kat gamba banner die ni ok (cute kan kan)

Semakan PLKN

KUALA LUMPUR – Keinginan lebih 500,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta ibu bapa mereka di seluruh negara untuk menyemak status kumpulan pelatih baru sesi 2012 bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ternyata hampa apabila pelayan laman web PLKN tergendala sejak kelmarin dan berlarutan hingga malam tadi.

Hahaha bersemangat ye bebudak zaman skang ni nak pegi PLKN... sampai jem haa line PLKN tu korang terjah, xdpt nak menampung keexcitedan bebudak nih nk pegi PLKN... good2 la gini...Orang kate pegi PLKN best..boleh ngorat pakwe bagai haha... yeke? best sgt ke? ce cite ce cite. Teyn dulu xkene pegi PLKN, sebelum nk check semakan PLKN tu Teyn siap jampi serapah supaya xdpt (naseb x dpt, almaklumlah manja <--okay, ini mengada ngada). Ce korang tgok muke Teyn ni, kan x sesuai lau kawad2, panjat tu, mesti klakar punye..haha xdpt dibayangkan..

p/s: kepada adik2 yg dpt plkn uh, gud luck ek, semoga banyak belajar benda baru dan dapat pakwe baru! oops terlebih sudah~

Monday, July 11, 2011

Siti Nurhaliza jadi budak UITM

gambo pinjam hok pokcik google punyo

Sape xkenal Siti Nurhaliza?? Angkat tangan mai nak cepuk sikit bagi kenai... hehe..
Kepada budak2 uitm, untung laaaa pas ni korang leh lepak2 minum ngan siti~
Sebab Siti Nurhaliza nak sambung belajar kat uitm, nak ambik diploma muzik katenye...

Baguih naa Siti ni sebab walaupon lepas SPM dia terus jadi penyanyi (xperlu masuk akademi fantasia), die memang dok teringin sgt nk sambung blajar... Hebakkk2, nanti dh masuk belajar, assignment menimbun, nak cepat2 habis belajar pulak=.="

p/s: btambah2 glamour lah uitm pas ni, smakin ramai retis msuk uitm, bile la pulak retis nak masuk unimas(uni msia sarawak)??? nak lepak ngan retis jugak~
pagi ni check nuffnang ade pertambahan sikit..makasihhh incik nuffnang, lap u;P

Saturday, July 9, 2011

Aktiviti hujung minggu

Hari tu Teyn ada join Bengkel Kereta Keyakinan dan Penampilan Diri, kononnye nak jadi wanita anggur anggun la nihhh... Bengkel tu di anjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dan juga Dara.com. Ada 3 orang tukang pokpek iaitu Cik Azlia Idha dari GetGorgeous boutique, Puan Anizon dari Anizon Collection serta Aida G makeup artist.. Banyak benda belajar dari bengkel2 cmni.. Teyn blajar cmne nk padankan baju dgn bentuk badan, nk padan kan warna baju dengan warna kulit, cara makeup.... hmmm banyak lah lagii... korang klau ade peluang pegi bengkel2 cmni, pegilah smentara xde bende nak wat, besttttt, xtipu wa ckp lu derrr~~ Kalau korang pegi mesti boleh jadi cantek jugak mcm Teyn *ohmygod perasan*
Gedik2 nak tunjuk sket gamba2 di sekitar bengkel tuuuu
Nak tengok besar, klik gambo tu.. eh harap maap ye, saya xkenal sapa yang jadi model pakai tudung tu, muka huduh xda makeup~ lalalala..

JANGAN LUPA KOMEN KAT *SINI* UNTUK VOTE TEYN..
MAKASIHHHH HARAP TEYN MENANG CONTEST TU~

Friday, July 8, 2011

Juh blaja klaka bahasa sarawak pulak! #1

Semalam dah belajar bahasa utagha, hari ni kita blaja bahasa sarawak pulak.. Setelah teyn belajar selama 2 tahun dkt kuching, boleh la tahan terarrr cakap sarawak hehehe.... Sape2 yang gedik2 nak carik pakwe sarawak yg knonnye korang ckp ensem2 tu, bule la blajar cakap kt sini sket, kot2 boleh membantu korang mengorat, hahahaha~ yang ni episod satu punye dan xsebut kuat2 pon xpa..lalala

- Kamek : saya - Kitak : awak
- Nya : dia - Sidak : mereka
- Sik : tak - Sikda : tak ada
- Sikboh / Iboh : jangan - Kenak : kenapa
- Sine : mana - Sitok : sini
- Sinun/siya : sana - Klaka : cakap
- Madah : beritahu/bagitau - Kinektok : sekarang
- Kaktok : kejap lagi - Dudi : Kemudian
- Gago : sibuk - Bulak : bohong
- Palu : pukul - Tikam : baling
- Nyaman : sedap - Kacak : cantik
- Lawa : sombong - Lejuk : jemu

Alamak! banyak lagi la.. nnti letak banyak sangat korang pening pulak... kite sambung episod kedua nanti ye...=)

Thursday, July 7, 2011

Mai blajaq bahasa utagha #1

Hah...mai2 sapa2 yang nak kawen dgn org utagha tu buleh la blajaq loghat utagha dulu naa~~
Entry mengajaq loghat utagha ni dicadangkan oleh mak dan pak teyn yang kedua2 nya org utagha.. Tapi yg teyn bagi kali ni sikit ja sbb tu tajuk entry ada #1, kira mcm episod pertama la ni...
Sapa2 yang baca loghat ni, dinasihatkan membacanya dengan kuat...

Calon-calonnya~~
1) se-ghe-yat :reda/surut
contoh ayat :tunggu sat lagi hujan segheyat baru kita keluaq
2) ce-muih : bosan/jemu
contoh ayat :ishk aku cemuih hari2 dok tengok muka hang
3) be-le-moih : comot/kotor
contoh ayat :malas la nak pi pasar malam hujan2 ni satgi kaki belemoih
4) te-to-moih : jatuh tersungkur
contoh ayat :pakai kasut tinggi buat pa, satgi jatuh tetomoih baru tau
5) ka-waq : pencuri
contoh ayat :kunci pintu tu nanti kawaq masuk
6) gha-lit : leka/lali
contoh ayat: hang dok ghalit tengok tv, bila nak belajaq??
7) tem-bun : gemuk
contoh ayat: hang ni aku tengok makin lama makin tembun la
8) me-ghe-nyam : gatal
contoh ayat: dah tua2 pon dok meghenyam lagi nak kawin dua
9) ke-tit : gigit
contoh ayat: abih badan gatai nyamuk ketit
10) ta-haq : tahan
contoh ayat: hang pi la makan, toksah dok tahaq perut tu~

Nantikan sambungan episod mai blajaq bahasa utagha di pawagam berdekatan hahaha

Tuesday, July 5, 2011

Ini fakta bukan auta mahupun unta!

1) Presiden George W. Bush dulu time muda2 pernah jadi cheerleader..auwww
2) Setelah ditambah dan bahagi, secara purata manusia abiskan masa 3 tahun dari keseluruhan masa hidup berada dlm toilet...(kalau yg slalu sembelit tu mungkin lebih lama kot=.=")
3) Mona Lisa yg knonnye cantik tu xde bulu kening sbb time dulu2 memang fesyen cukur kening smpai licin.
4) Mase zaman kuno Jepun dulu, ada satu pertandingan diadakan nak tengok sapa yg kentut paling kuat dan paling panjang bunyinye... orang yang kentut dgn bangga saja bule join, yg kentut malu2 meow bunyi secipot je tu xbule join~
5) Pencungkil gigi adalah objek yg paling slalu org amerika tercekik... (org korek je, yg pegi makan skali tu wkpe, kn tercekik)
6) Kentut telah diukur kelajuannya iaitu pada 10kaki per saat (agak laju disitu)
7) Pembukak tin dicipta 48 tahun selepas tin dicipta (agaknya sebelum tu orang bukak tin dgn membaling sekuat hati kat dinding smpai terbukak kot)
8) Dekat Quitman, Georgia, US, ayam diharamkan melintas jalan.
9) Aiskrim sebenar-benarnya adalah makanan org cina.
10) Susu badak air berwarna pink. (perasa stroberi kot..)

Monday, July 4, 2011

Sikit lagi!!

Yessss ari ni ari isnin, 4 julai 2011.. xsabar dah ni nak tunggu ari jumaat sebab jumaat last day opastu abis praktikal yg hanya selama 2 bulan tapi rasa mcm 34 bulan=.="
Yayyy merdekaa!! (seronok mengalahkan org abis spm)

Cuti ada lagi dua bulan, taknak extend ke??
Makkk oi wa xlarat dah wa cakap lu derrr... bukan nye xlarat sbb keje bertimbun dan kononnye terlebih rajin buat keje.. tidak, tidak sama sekali... penat nye sebab hari2 berulang alik dari putrajaya ke bukit bintang dan yang paling terbaikk, menggunakan segala mcm pengangkutan awam yg kerajaan sediakan serta menggunakan tenaga kuasa kaki yg pendek ni dgn semaksimum mungkin... pagi2 jalan dari rumah ke tempat bas dlm 500m, naik bas pastu naik monorel turun kat bukit bintang dan jalan lah kaki dengan selaju mungkin (cepat sampai, cpat dpt balik hihi) dlm 2km jugak la.. nak balik lagi byk jalan sbb dr monorel kene jalan kaki masuk ke kl sentral..
Xlarat la mcm ni... kaki pon dh timbul2 dh urat ni... nnti jadi mrs. muscle pulak=.="

Teyn pn xtaula mcm mana, tgh dok dlm dilema nk smbung lg 2 bulan ke tak... rasa penat xmau smbung tapi nak $$$ nk beli henpon baru menggantikan henp0n yg masuk jamban tu hehehe... tggu duit pakcik nuffnang, apa pon xbole, smpai taun depan dok banyak tu saja=.="


Jual katak

Dalam perjalanan balik dari bersenam, seorang lelaki singgah ke sebuah pasar terbuka untuk membeli barang dapur.

Sedang asyik berjalan, dia terpandang seorang peniaga dengan dua buah tong. Dihampirinya peniaga tersebut.

Lelaki : Apa dalam tong tu bang?

Peniaga : Katak, dik....

Lelaki : Yang bertutup ni?

Peniaga : Katak juga....

Lelaki : Kenapa yang ini bertutup dan yang tu tak bertutup?

Peniaga : Yang dalam tong ni...(sambil merujuk kepada tong yang bertutup) katak cina. Mereka

saling tolong menolong untuk keluar dari tong ni....tu sebab kena tutup. Dan yang dalam

tong ni pula, katak melayu...tak payah tutup...sebab kalau ada katak yang memanjat

untuk keluar, katak lain akan tarik kebawah semula...jadi takkan ada katak yang boleh

keluar dengan mudah.....


p/s: sape mkn cili rase pedas;P

Saturday, July 2, 2011

Highway yang misteri

Yeeehaaa dapat pong kawe online... pinjam leptop n berokbeng sepupu teyn.. jadi teyn pon menyempatkan la diri buat entry ni supaya korang x rindu teyn *perasan*. Tapi sory teyn xdpt blogwalking pegi menyemak buntut dan tangan gedix klik2 iklang kat belog korang tu~~

Nak cerita ni..semalam masa tengah malam kami sekeluarga dok jalan atas highway.. adik2 semua sedap tido berdengkur hingga menitis2 air liur basi *yuck*.. Para ibu bapa pula sedang dok bergosip sambil bapak teyn memandu di lorong sebelah kiri (konon mematuhi had laju nih)... Dalam dok tengah sedap2 bergosip2 pasal salleh yaakob kawin empat lah, deejay ni ckp xsedap la bagai.. Tiba-tiba kami dikejutkan oleh suatu bunyi (macam nak buat karangan upsr). Tengok2 cermin sisi sebelah kanan tu dah terlipat, cermin die dah nak jatuh. Misteri nusantara betul, tiba2 je, xnampak pon ape2 datang dari depan.. Bila smpai kat susur keluar lepas tol tu, kitorang pon benti la nak nengok ape kejadahnya yang sudah berlaku. Check2 tgk kat depan sblah kanan tu scratch n bahagian blakang cermin sisi tu pecah. Sangat pelik dan ajaib betoi, kitorang mmg xtau ape yg berlaku jadi wat je la andaian sendiri : orang depan tu buang apa2 kot terkena kita. Nasib xkena cermin tau, kalau x nayaaa~~~ =.="$$$ melayanggggg

Okeh tu jelah Teyn nk cite stakat ni...dah panjang lebar tu~~~ Nak pi kutip buah2 rambutan yang berlambak dan merah2 di pokok~ hehe, nak sikit??? xboleh bwekkkkk;P

Friday, July 1, 2011

Pengumumannnn~~~~!!!!

Perhatian semua orang2 kampung pisang~~~ Ye, sile duduk ye semua, ketua kampung nak buat pengumuman~~

Ish monyet ni lagi, die plak sebok buat pengumuman=.="

Petang ni Teyn akan balik kampung dekat Aloq Staq naa... Oleh itu, dengan ini, saya memegang mohor raja-raja xberapa nak besar ingin mengumumkan bahawa Teyn xbuleh online selama dua hari ye. Jadi xde entry dan xbuleh blogwalking untuk dua hari ni;'(
Ini adalah disebabkan oleh kawe punyo berokbeng meksis telah dipotong kerana 3 bulan dah tak dibayar...hihihihi~~

Walaupon xdak entry selama dua hari ni, Teyn harap korang datangla jugak jenguk2 ye bace entry yang mengarut2 tu okehhh~~

SAPE2 YANG TAU KAT MANA NAK TEMPAH HOMEMADE CHOCOLATE TOLONG BAGITAU TEYN SECEPAT MUNGKIN!!

Oh ye, jangan lupe jugak join segmen yg teyn buat...
pegi join kat

*sini*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Umur belog teyn ni

Daisypath Friendship tickers