Tuesday, June 28, 2011

Lubang hidung kembang kempis

Pagi2 ni pakcik2 makcik2 buatlah senaman hidung kembang kempis tu ye...baik untuk kesihatan. Kembang kiri kempis kanan~~ Hahahaha mcm
ni ---->(=Oo=)v siap buat peace lagi

Kite pakai due2 belah lubang hidung utk bernafas. Korang nak tau tak nak tau tak?
Sebenar-benarnye, due2 belah ni berbeza. Bukan sebelah besar atau sebelah kecik tapi sebelah kanan mewakili matahari, sebelah kiri mewakili bulan (bukan berkawah macam permukaan bulan).
Mase korang sakit pale, ce korang tutup lubang idung kanan pastu bernafas pkai hok kiri je... jangan tutup due2 nanti K.O pulak... haa, pas 5minit, ilang x sakit pale??
Kalau korang penat(rajin wat keje la ni konon), korang wat terbalik, tutup belah kiri pastu kembangkan sekembang kembangnye kembang semangkuk yang lubang sblah kanan. Selepas beberapa minit, mesti rasa segar.. brrrrr mcm coke..

Boleh percaya ke ni?? Tak salah kan mencube?? Bukan susah pon...hehehe selamat mencube, elok2 picit hidung tu nnti terpicit jerawat kat hidung pulok (=.=")
eh2 monyet, xsenonoh, jangan korek idung kat sini la! batal puasa mu!!

Oh ye, jangan lupe jugak join segmen yg teyn buat...
pegi join kat

*sini*

Monday, June 27, 2011

Jam Baru

Sorang budak punk ni ajak member dia datang rumah baru dia. Dengan bangga dia tunjuk bilik2 dan hiasan rumah dia. Tetiba ada sebuah gong tembaga yang besar yg menarik dan antik.


Kawan dia tanya, "amenda ni? Ape barang kau budak punk minat dikir barat?"
"Terbaekk en?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."
"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, cmne lak tu? Skang pukul berapa, ce kau demo skit."
"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.


Tetiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah buang tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"
"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garu kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.


Hehehe lepas ni kalau jam kat rumah rosak ke abis bateri ke, boleh la korang terai wat camni ye...
Oh ye, jangan lupe jugak join segmen yg teyn buat...
pegi join kat

*sini*

Sunday, June 26, 2011

Happy Birthday~

Wahhh hari ni 26/6, cukuplah genap belog teyn ni umo sebulan ye.... Meh kite nyanyi same2, happy birthday to me~~~ heheheh... amik la sebijik cupcake, perisa blueberry, my faveret~~~ (ala2 usop wilcha;P)


Belog ni yang berumur sebulan jagung labu, telah mendapat sebanyak 180 flowerpolower~
Makasih yaaa semua makcik2 pakcik2 kerana bersama2 saya... hahaxx... Teyn dah dapat banyak kawan baru skarang ni:P best best best... Makasih jugak kepada abgteror yg bg tunjuk ajar kepada cempedak di luar pagar ni ;P

Dah2, teyn nak kene siap ni nak pi kenduri, lapaq nasik minyakkkk oiiii~~~ hihi mak teyn dh marah tu babaiiiii~~ (bukan teyn yg kawen tau, orang lain XDD)

Oh ye, jangan lupe jugak join segmen yg teyn buat...
pegi join kat

*sini*

Segmen kesukaan kak limah hingga menjilat jari

Jeng jeng jeng... Teyn tengok orang wat segmen2 ni teyn pon gedix ayam nk terai wat jugak ;P
Segman ni xde kene mengene ngan kak limah pon tapi die sebok sangat nk interprem so kesian, letak je lah jadi tajuk hahahaha...
Ce korang tgk kat sidebar tu, bloglist ade brape keping je, jadi ni segmen bloglist teyn~


Syarat-syarat sah kawin penyertaan:
  • Segmen ni simple je, paling simple lam dunia
  • Korang kene gedik Korang wat entry pasal segmen ni kt belog korang, tepek gambo makcik kat atas uh ye...
  • Lam entry tu ske ati la korang nk tulis ape pon, nk komen blog teyn ni ke ape ke ikot sedap korang je lah~
  • Nak polo teyn tu teyn xkesah... lau suke polo jelah;P
  • Pas dah wat entry uh kentut comment la kat entry ni, bagi link~~
  • Nanti korang masuk la bloglist teyn;P

Friday, June 24, 2011

Tragedi

Fuhhh hari ni memang tragedi oktober jun betoi.... Gini citernye~

Disebabkan hari ni adalah hari terakhir membe kat tempat keje ni keje kat sini, jadi kitorang pon mengada ngada gedik ayam pegi lunch dekat ampang park... kitorang pegilah mkn kat kelantan kentucky fried chicken... tengah sodap2 kitorang melantak snake snack plate tu, tetibe sesuatu kejadian berlaku kat kfc tu..
Ade la segerombolan gajah pakcik makcik arab datang nak mkn kat kfc nih... kitorang yang tengah khusyuk lagi syahdu makan ayam nih terkezut kura-kura sebab salah sorang pak arab ni melalak kat pekerja kfc... katenye, "someone stole his bag!!" Jadi pak arab tu wat kecoh macam jom heboh la kat kfc tu, smpai manager kfc dtg.. Kebetulan pulak kat blakang meja pak mat arab tu ade sorang mamat ni dok tengah terbaikkk punya layan makan ayam sorang2.. Tiba2 sorang drpd pak arab tu marah nk salahkan mamat yg tgh layanzzzz makan uh... Dia marah2 lam bahasa english, agaknya rasa xbest dia terus marah lam bahasa arab tu (terus xpaham..tu lah pentingnye english education), last2 skali baru paham bile die ckp f**k off...hahaha... pastu die marah bukan mulut je gerak, ngan tangan pon gatai nk gerak, disimbahnye mamat xbersalah tu dengan air pepsi (haru2, ada gaya mcm penyimbah asid=.=") memang drama betoi ni...
Mamat tu pon marah lah, dibalingnye surat khabar dan blah dari situ, kitorang pon blah gak(lau tengok agi kang xmasuk keje balik la jawabnye)
Pastu naik teksi, pakcik driver teksi pulak merenyam, gatai semacam=.=" nasib dekat je tempat keje uhhh, xpayah layan pakcik gatai banyak tanya, dah la panggil kami yang muda cet cet lagi ni akak ;P

p/s: ape ke pandai sangat pak arab tu, tourist mesti la tau xboleh left bags unattended, mesti ada org curi punya~~ pastu suke2 haty nenek tiri pakcik sedara die je nak salah2kan orang

Penjara dan tempat kerja

DALAM PENJARA masa dihabiskan dalam bilik berukuran 8'X10' .

TEMPAT KERJA masa dihabiskan dalam partition 6'X8'

-----------------------------------------

DALAM PENJARA dapat makan 3 kali - free

TEMPAT KERJA dapat makan mungkin 1 kali atau 2 kali, itu pun kena bayar sendiri

---------------------------------------------------

DALAM PENJARA dapat time off jika berkelakuan baik .

TEMPAT KERJA dapat kerja lebih kalau berkelakuan baik

-----------------------------------------

DALAM PENJARA pengawal akan kunci dan buka pintu untuk anda ..

TEMPAT KERJA sendiri mau ingat, pintu bukak sendiri dan kunci, khususnya pintu tandas .

-------------------------------------

DALAM PENJARA boleh menonton TV dan play games .

TEMPAT KERJA korang akan dipecat jika asyik tengok TV atau play games .

-------------------------------------

DALAM PENJARA kaum keluarga dan sahabat dibenarkan melawat..

TEMPAT KERJA Tidak dibenarkan menerima pelawat daripada kaum keluarga..

-------------------------------------

DALAM PENJARA semua perbelanjaan ditanggung kerajaan tanpa perlu buat kerja .

TEMPAT KERJA semua perbelanjaan kena bayar sendiri, kena kerja untuk dapat duit, bayar cukai untuk digunakan oleh banduan dalam penjara....

-------------------------------------

Hah jadi macammane?? Ade rase teringin nak masuk penjara ke?? Hihihi.. Pilihan di tangan anda ye ;P

Thursday, June 23, 2011

Benda korang patut buat supaya tak bosan dalam lif

Korang ni pagi2 pegi keje mesti naik lif kan2... Mesti bosan naik lif jadi Teyn cadangkan korang buat bende2 kat bawah ni ye~

1. Mase korang berdua-duaan dengan mamat mane tah, cuit bahu dia! Pastu buat2 tengok tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala korang dan jerit “Diam, semuanya diam!”.

3. Bawak kamera, amik gambar semua orang yang ada di dalam lif, posing comey2 ye~

4. Pindahkan meja kerja korang ke dalam lif. Bila ada org nk masuk, tanya diorang: dah buat appoinment?

5. Letakkan sebuah bungkusan kat sudut lif tu, bila orang masuk, tanya diorang dengar x bunyi tik… Tik… Tik… (bunyi bom la konon)

6. Buat2 jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan macam kat dalam kapalterbang. (konon cita2 nk jadi pramugari xkesampaian la ni)

7. Ketika pintu ditutup, buat pengumuman kepadasemua orang. “Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!”.

8. Bukak beg tangan korang, sambil tangok ke dalam beg tangan, tanyalah “Oksigen cukup tak kat situ?”

9. Dok diam2, jangan bergerak langsung duduk di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengar2 suara kat dinding lift dengan stetoskop(yang doktor letak2 kat dada korang tu)

11. Buatlah garis kat lantai sekeliling korang menggunakan kapur, pastu beritahu “Ini adalah area SAYA”

Selamat mencube ye, lepas ni mesti ramai orang nak kawan ngan korang hehehe….Have a nice day..

Wednesday, June 22, 2011

List aku promosi kau promosi aku

Mari2 Terjah~~~~
1. http://cekedismanis.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html10. http://mrbaiz.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html

Haaa amek kau... blogwalking la korang smpai pengsan haha

Aku promosi Kau promosi Aku


Teyn try join contest ni....
nak join klik *sini*

Saya budak baru belajar =P

Wordless wednesday #3: Gambar menjolok mata

Tuesday, June 21, 2011

Asal Usul Hantu

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya… … .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.
2.Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.
3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.
4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang… ..kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.
5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak… Lekatlah nama pontianak.
6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari… ..Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai semahunya.
7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

eh2 kak limah jangan nak interprem lebih..kak limah sedor sikit, kome tu org gile, bukan hantu~

Monday, June 20, 2011

Bioteknologi

Korang nak tau tak?? Dulu teyn nak sangat2 amik medic, nak jadi doctor la kononnye… Macam glamour dan hebat je bunyi Dr. Nur Fathin kan kan, mengalah kan keglamouran dR Rozmey.. Tapi, apakan daya tuhan penentu segalanya (aceceyh, berdrama pulak).. Nak wat camne time apply tu mintak dah nak ambik perubatan la, bioperubatan la tapi pakcik2 dan makcik2 dekat kementerian pengajian tinggi tu semua dok sepakat membawa berkat nk bagi teyn ambik bioteknologi, teyn pon layanzzzzz je la~~

Bile dengar bioteknologi, mesti korang dok bayangkan teyn dok klon baby… Bukan bukan bukan dan tidak sama sekali.. Ish ish ish, tak baik bersangka buruk tau~~ Klon manusia tu sebenarnye dah melanggar etika dalam bioteknologi~~ Bioteknologi ni salah satu kelebihannye adalah meningkatkan penghasilan makanan contohnya I don’t want banana to fruit two time tapi dengan bioteknologi, kini pisang boleh berbuah dua kali, nak 4 kali pon mungkin boleh.. Dengan bioteknologi ni, dapatlah memenuhi kehendak selera besar korang yang suka melantak sampai 7 pinggan dengan gelojoh sebab makanan xcukup(banyak sangat orang kat dalam dunia ni tu x cukup tu)~~ Kitorang jugak dapat ubah DNA lembu supaya dalam susu die tu ade insulin yang digunakan untuk merawat makcik2 pakcik2 yg menghidap kencing manis, xperlu suntik lagi, minum je. Banyak lagi kebaikannya, xlarat lah teyn nak membebel banyak2 malam ni, nnti orang kata teyn sasau =P

Orang yang ambik bioteknologi ni sama la jugak macam atok2 dan nenek2 di kampong yang bile anaknye ajak datang rumah, mereka akan kata: nanti sape nak bagi ayam ngan itik aku makan~ Orang bioteknologi pulak akan jadi panas muntut dan tak senang duduk sebab risaukan bakteria2 yang mereka bela takde siape nak bagi makan… bakteria yg good2 je tau, bukan yang noty2 hehehe~

Tengok2, kan cantik bakteria ni~

pinjam pakcik google punye

Penjual telur terlampau~

Pembeli: "Dik, telur 10 bijik berapa harga?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau
Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual
telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.


=.=" buang karan betoi~

Sunday, June 19, 2011

Terlebih excited

Fuhhhh pagi2 bukak e-mail dah buat Teyn rase happy, senyum hingga ke telinga.. Dan rase excited sangat2 ni (mesti hormon terlebih ni wakakaka). Ni semuenye sebab Teyn terima email daripada seorang makcik baik hati yang bertajuk Women of Malaysia's 100 Faces of Beauty... Gini katenye:
-------------------------------------------------------------------
Hello ladies!

Congratulations, you're in WoM's 100 FACES OF BEAUTY!

First and foremost, thank you so much for all your support and interest in participating in our "WoM's 100 Faces of Beauty" event that is coming up this 25th of June.

"WoM's 100 Faces of Beauty" is an event aimed to demolish discrimination towards women in Malaysia.

We are here to prove that beauty varies from each individual, and there shouldn't be any specifications and biased requirements on true beauty.

We are also here to build up the confidence of all the younger women out there and to let them know that every one of them is beautiful.


With this said, I am very happy to invite you to come to our photoshoot event this 25th June!

----------------------------------------------------------------------------------------------
Fuhhhh hebakkkk sungguh xterkata hingga mengigit jari macam hamster Teyn menggigit makanan nye... Rasa berdebar2 pon ade jugak dupdapdupdap.. Teyn yang hidung kembang ni pon bule terpilih ye=.="
Ape2 pon boleh la korang nk pergi jenguk2 belog women of malaysia ni ye~~

tengok kat *sini*

Disebabkan hari ni Teyn baik hati sikit, teyn tempek la gambo teyn sebijik... untuk penyedap mata post ni hahahaha( xde kene mengene)

Saturday, June 18, 2011

Tahu tak??

Haiii semuee... ari ni teyn buat entry lambat sikit sebab dari pagi tadi sebok attend bengkel keyakinan dan penampilan diri oleh Dara.com (hahaha konon nak jadi wanita anggun)
Nanti Teyn dah dpt gamba2 teyn wat entry pasal bengkel tu ye~
Wat mase ni teyn mengarut2 dulu, menambahkan ilmu korang hehehehe

Korang tahu tak:
1) Air sirap merupakan salah satu bahan asas nk bina helikopter mahupun kapal terbang. (teyn tau yang ni korang slalu dengar kan kan). sebab pembina helikopter tu perlukan air sirap nak ilangkan letih. Jadi hargailah air sirap yang anda temui di majlis2 perkahwinan ye, jangan cerewet xmau minum air sirap.
2) Kereta yg dipandu selaju 220km/j xketahuan hala xdpt potong kereta berkelajuan 40 km/j (org tu siap boleh jelir lidah bwekkk xdapat kejar~). Sebabnye dua2 kereta ni dipandu dari arah bertentangan=.="
3) Kalau lam bahasa inggeris, pakcik2 yang nyorok2 kat pokok nak ambik gambo artis tu dipanggil paparazzi. Tapi dalam bahasa melayu, papa Razi merupakan bapak kepada budak bernama Razi (tu lah pentingnye english education~ xsabit)
4) Magnet merupakan logam yang juga dipanggil besi berani. Magnet menarik besi2 ke arah nya. Namun begitu, orang yang diupah tarik kete tu bukan magnet ye.
5) Bile cicak cak cak sedar yg die diekori oleh sesuatu, die akan putuskan ekor die. sebab tanpa ekor, die xkan diekori lagi~
6) Manusia normal xbuleh sentuh telinganya sendiri menggunakan siku.. (lau boleh tu mu xnormal, xtau la mu species ape~)
7) Burung dpt balik kat sarang dia walaupon dah jalan jauh2 beriban2 kilometer sebab setiap sarang diorang ada alamat sendiri..
8) Perkataan lempeng dan tempeleng hampir sama tapi berbeza rupa bentuk. Tapi orang yg kena tempeleng tetap boleh makan lempeng bila lapar..
9) Gunung berapi berusia 300tahun disahkan masih aktif untuk melet0p. Tapi api elektrik rumah x akan aktif kalau xbayar bil 3bulan.
10) Ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post entry ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

Semoga berjaya menyentuh telinga pakai siku~~~

Friday, June 17, 2011

Love Bite!


Ape2?? tengok tajuk tu laju2 je korang tekan ye...ish ish ish~
Sticking out tongue Pictures, Images and Photos
Korang nk tau tak, ade sorang makcik dekat Auckland jadi lumpuh tau lepas kena love bite!
Mase makcik tu tengah sodap2 tengok TV, tiba2 lengan sebelah kiri dia lumpuh..haiyok xtau~
Doktor2 semue fening2 lalat cari punca tiba2 dia ni kena strok. Last2, love bite kat leher tu meleraikan misteri nusantara serangan strok makcik tu~
Doktor kata, ada darah beku kat tempat sedutan tu dibuat, darah xbuleh jalan, tu yang strok tu..
Dasat tu, berani korang buat, lumpuh nanti xtau=.="

Kaya Raya

Okeh hari ni nak berangan la..Kalau Teyn kaya raya~
Teyn nak beli bulan, tanah nak buat rumah kat situ..
Bile rumah dah siap, dari rumah Teyn tu boleh intai korang kat bumi melalui tingkap~
Pastu bela unta, pasang gigi diamond kat dia, baru macho macam ni:
Haa jangan main2, bibik Teyn Paris Hilton tau!
Kalau ada masa lapang, Teyn main golf or guling2 macam dalam cite hindustan kat sini:
Tak pon Teyn naik kereta Teyn ni
Pergi bercuti dengan keluarga dan kaum kerabat kat sini:
Kat rumah Teyn ade swimming pool tau tapi dalam swimming pool tu diisi dengan perfume mahal je tau (sakit idung la pulok nnti=.=")
Pastu dh mandi swimming pool, rase nk melabur, kat jamban flush pakai air evian tau~
Lepash tu lap muntut pkai tisu ni hihihi:

Berangan je nih tau~ Kalau aku bilang, kalau~~ Tidak ada kene mengena dengan sesiapa yg normal mahupun yang sasau>.<

Terkezut cipan

Malam tadi balik2 bukak belog terus terkezut ber0k, m0nyet, babun dan seangkatan dengannye sebab tetibe nengok f0llower dh jadi 100+... terkezut o.O

Tapi xsempat buat entry malam tadi sebab penat dan terus pengsan di atas katil dengan aksi kuak lentang~
Ni tiba2 ramai gara2 si abgterror buat satu entry yang terbaekk dari dusun durian pasal Teynteyn dan tepek gambar Teyn idung kembang besau2=.="

Tengok kat*sini*

Tak mau tengok tu, buleh pi kat abgterror punya belog, tekan iklang dio laju2 sampai terkoyak iklan tu ye...tekan banner kat bawah ni^^

ads

kepada makcik2 pakcik2 follower semua, Terima kasih daun keladi, saya xda apa nak bagi... aceceyhh terbaekk punya pantun... Nanti pakcik nuffnang bg duit kat saya, sy buat giveaway ye~

Follower Teyn yang ke-100 pula adalah si pia *terime kasih ye*
Jom terjah dia kat*sini*

p/s: abgterror nnti Teyn blanje kenny rogers ayam golek2 macam angry bird ye~

Thursday, June 16, 2011

Pinnn!!! Piiinnnnn!!

Pagi2 pakcik2 makcik2 nak pegi keje mesti seronok dengar bunyi2 hon kan kan… Layanzz je la~~
Korang tau x hon2 ni ade makne, bukan kedudukan taik lalat je ade maksud ye~
1 x HON PENDEK - pemandu tu gedik nak cakap "HAI"
2 x HON PENDEK -pemandu tu nak cakap "TERIMA KASIH" atau "JUMPA LAGI"
3 x HON PENDEK -pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau dok berangan buat sardin tak reti-reti nak jalan)
1 x HON PANJANG - pemandu tu bagi warning kat keta lain yang diorang ni memandu xketahuan hala macam org mabuk n hampir buat org accident=.=”
2 x HON PANJANG - pemandu tu hangin sampai kembang kempis idung n cakap "HOI..AKAI XDAK!!!"
4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap:

















"TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!"
HAHAHA..nak beli tilam?? Due singgit~ Mintak kat apek jual tilam la, Teyn xjual tilam hehehe~

Wednesday, June 15, 2011

Teynteyn famous???

Ni, korang mesti pelik nape la minah ni name teynteyn kan kan~ Sebabnye, name saye Nur Fathin... Dulu kan Teyn sekolah all girls, dalam kelas tu ade 4 orang Fatin tau x!!?? Fuhhh konpius2, tu yg terpakse letak name manje tu... (gedix betoi). Mak Teyn kate, tahun 1990 dulu mmg ramai makcik2 pakcik2 ni namekan anak diorang name Fatin sebab kononnye time tu ade satu drama ni femes (mcm drama nora elena la), heroin nye cantik sangat, memegang watak bernama Fatin. Hahahaha suke pelakon tu punye pasal, smpai letak name anak skali=.="

Ohhh ye, bercakap tentang femes, ade sesuatu kejadian pelik petang tadi... Time Teyn nk balik keje, lalu kat monorel KL Sentral tu, ade plak 2 makhluk asing panggil: Fathin!! Fathin kan?
Teyn : Aa (wat muke blur)
Makhluk asing: Budak Unimas kan?? FSTS kan?? Ingat x saya?? Skang praktikal ye?
Teyn : Ye, mane tau?? Erkk, xkenal, xpenah nmpak pon~
Makhluk asing: Ala, orang femes ni biasela ade masalah lupe sikit. Nah ambik Simcard ni free je..
Teyn: Ehhh xnk, eh dah lintas bye...(bile masela pulak aku femes)
Teyn pon lari lintas jalan n cakap bwekkkk xboleh kejar... <--yang ni tipu
Rupe2nye 2 makhluk asing tu nk promote simcard..(Spoil betoi, ingatkan nk mintak autograph tadi hahaha) Tapi pelik bin ajaib, camne die tau name real Teyn, kat mane Teyn belajar kat mane n Teyn wat ape skang?? Nak kata femes, Teyn xde pulak masuk akademi fantasia or jaguh kampung? Adela jugak kak limah ajak masuk AF duet ngan dia lagu jet2 semut tapi i malu laaaa, stakat lam bilik air tu cemerlang la=.=" Misteri nusantara betoi la camna dia tau sebab Teyn xpernah nampak pon muka hamba Allah tadi tu...Stalker?? Nayaaa>.<


Wordless wednesday#2: Dilarang Meniru!

Tuesday, June 14, 2011

Urut2

Hari ni Teyn xpegi keje sebab demam...huhuhuu, ni p0n menggagahkan diri yang xseberapa nak gagah tulih entry ni (xperlu panggil Mr. Muscle haha)...Disebabkan Teyn sakit, so Teyn nk bebel pasal kesihatan la jugak~
Ce korang tengok gambo kaki tu, Teyn tau bau die xbrape nk menyenangkan tapi layanzzzz je lah...haha..
Korang tau x organ2 kat badan kite ni ada sensor sentuhan kat bawah kaki yg masyam tu?? Haa xtau? ni Teyn bagitau la ni~~ Kalau korang urut2 bahagian kaki yang tertentu contohnya kat gambar kaki tu ade gambar hati, korang urut2 kat situ, nescaya boleh melegakan pedih ulu hati (xperlu gaviscon lagi).. Urut kaki je tau! bukan tempat lain~~~
Bile kite jalan, kite akan slalu pijak kat bahagian2 kaki tu membuatkan organ tertentu jadi aktif dan ceria selalu~ Oleh itu, marilah jalan kaki banyak2 ye macam Teyn jalan kaki sebanyak 2km setiap hari ulang alik pegi keje=.="

Ni la yg slalu org urut2 refleksologi kat kedai tu.. yg korang bayar rm10 utk 20 minit pastu bile die urut, muke korang cantik kerut2 tahan sakit n geli tu kan~

p/s: pas ni dh rajin jalan kaki, jangan lupe jalan nak balik umah pulak... kang mak tanye nape kuar balik lambat, pegi jawab: ala kite jalan2 buat refleksologi la (padahal berdating kat shopping complex)~ mampuih2 plawok plawok plawok=.="

Monday, June 13, 2011

Sekolah

Waaa ari ni bebudak dan cikgu cikgi semua msuk sekolah balik kan kan.... Huhuhu rindunyerrr time sekolah dulu, time hingus meleleh2 dan dibiarkan je terus meleleh=.="

Yang paling best time form 4 n form 5 sebab Teyn masuk Sekolah Menengah Sains Seri Puteri..
Sekolah tu semua makcik2 je (all girls)... Pastu dok asrama lak tu...
Lawak je bile teringat mase first day msuk tu, ngade2 homesick nangis sorang2 dalam toilet, konon dok lame2 nk melabur~
Tapi skarang ni, hah campak la Teyn kemana saja, dh xkesah bwekkkk~
Pastu yang bestnye, skola p0mpuan smue ni leh wat suke ati... Macam sesuke aty kentut kuat2 sebanyak 37kali kat dalam kelas dan tido mulut ternganga smpai air liur mencurah2 ke ladang gandum pada setiap masa lapang yang ada~
Rindu betol nk sekolah balik.. bestnye~~~
Kawan2 pon smue dah bersepah2 di merata dunia (Untung laaa dpt blaja jauh2, tinggal kite kat sini!) Nak jumpe korang, nak jumpe korang, rindu~~

p/s: kepada adik2 yang tgh bersekolah skang ni, hargailah masa2 yang ada kt skola... tau la skang ni korang benci skola tp nnti dah keje, dah besar, bru korang terhegeh2 rindu skola n kate: bestnyeee sekolah auwwww~ (mcm teyn=.=")

Teynteyn batak=.="

Yuhuuuu… pagi2 bute Teyn dah jadi batak terlompat2 atas katil x ketahuan hala bersama Kak Limah=.=” Ini semua gara-gara pagi tadi Teyn bukak belog dan tengok follower Teyn dah 50 orang hehehe… Teyn baru je berbudi dengan tanah eh silap, berjinak2 dengan dunia belog dalam 2minggu 4 hari… Terima kasih la ye kepada smue follower yang sudi membaca karutan2 Teyn ni… Huhuhu rase terharu macam nak ambik anugerah penyanyi wanita terbaik plak~ Insyallah nnti klau kawe ado pitih, kawe buat giveaway, bagi korang ferrero rocher ke, skittles ke, nasik lemak ke dan macam2 lagi (sementara stok masih ada=.=”)


p/s: ce korang bg teyn idea sket nk mengarut ape... Teyn kering idea pulok ari ni, adoyai~ Ari ni xsehat, hingus asyik menitis2 ke lantai~

>.<

Sunday, June 12, 2011

Meh teynteyn belanja korang pizza nak??

Uishhh tengah2 malam ni rase lapar pulakkk~ Hmmm kalau dh tengah2 malam ni, ape lagi, rembat maggi je lah=.="
Ala jemu la slalu sangat makan maggi nih tapi nak wat cmne xde pilihan (patutla nyany0k, xde pilihan kn0n padahal pemalas hahaha)
Haaa kite wat maggi special sket la~~ Pizza maggi! (yang ni xde delivery ye)

Bahan2 nye:
1 bungkus maggi kari, perasa lain pon bole (kalau yg pelahap tu boleh la pkai 7 bungkus ye)
2 bijik telur gred A ( telur gred A ni cemerlang punya~)
Tu je la yang perlu, kalau k0rang terrrlebih rajin bole la korang nak tambah segala mak nenek mcm sayur2 mix vege ke, sosej ke~

Cara nak wat die? Senang je... A B C pon xsenang mcm ni (nmpk beno nipunye~)
Cam biase, rendam maggi tu stakat mane yg korang suke, nk die kembang ke, kempis ke...(ade ke maggi kempis? xlogik2=.=") Tapis maggi tu. Pukul telur tu sampai lebam pastu masukkan maggi n perencah maggi tadi dalam telur tu... bleh jugak campur objek2 dan segala mak nenek lain yg korang nk campur..
Pastu gaul la semue smpai mesra (mcm teman tapi mesra).. pastu campak dlm kuali, buat bentuk bulat, mung goreng le mcm mung goreng telur dadar.. tadaaaa siap doh! Boleh ngappp terus~
Kalau ngade2 nak cantik skit, bole la amik sos ke, mayones ke, lukis smiley kat atas die~

Kan sonang~~~ Nanti kalau korang buat jgn lupe anta la kat jiran2 sebelah dan kak limah skali ye~

p/s: Tau la pizza maggi ni sedap n korang suke tapi korang jangan bantai smpai 43 peket pulak... mampuih2, kan maggi xelok utk kesihatan, banyak msg tu~

Saturday, June 11, 2011

Segmen-Nizam Ijam nak SlideShowkan Blog Anda :)


Ni first time Teyn join segmen2 mcm ni hehe~ Tak reti sangat nk wat bende2 ni pon sebenarnye tp try2 je lah~


Harap2 masuk la dalam slideshow tu^^

biskut dulu dulu

Hari ni hujung minggu, bangun lambat, jadi p0st entry p0n lambat hihihi~

Hari ni bangun2 mandi pastu ter0s pegi pasar... ececeyhhh pegi pasar bajet nak beli-belah ikang untuk masak la nih, xde maknenye~ Haha pegi pasar tu sbb nk hantar kas0t2 Teyn yg banyak beribu2 lem0n ni untuk direpair oleh doktor=.="
Pas dah hantar tu, tetibe ternampak sebuah 0bjek yang menarik... Teyn pon belilah objek tu, nak tau ape die?? Ni haaa~
Hehehe...feveret nih time muda2 dulu... Ape?? Korang xtau ni menatang ape?? Ala ni biskut yg ade aising warne warni kat atas die tuhhh, ape tah org panggil biskut butang kot~ Korang still xtau jugak ni ape??? rugi2=.=" Biskut ni sedap, best lagi terbaekkk wa cakap lu derrr~ Lau nak mam biskut ni, mesti Teyn gigit gule kat atas tu dulu.. Pastu tggu die cair dalam mulut, pergghhhh rase manis2 sejuk2, mantoppp lah. Pastu baru makan biskut die... hihihi dulu time mude2 jahat sikit, makan yg gule die tu pastu yg biskut die letak balik dalam plastik hahaha nasib la~~~

p/s: Korang nak sikit?? Nanti Teyn postkan tp xgerenti la kalau p0smen ngappp dulu=.=" Susah dah skang ni cari bisk0t ni, pastu harge p0n da mahal~~~

Friday, June 10, 2011

Sedih Terlampau

:’( Teyn sedih smpai wat keje pon xboleh concentrate ni…

2 ari lepas Teyn anta tepon kat kedai repair henpon kat Low Yat.. Ni semue lepas kes jat0 lam jamban ari tu, biar kering selama seminggu, pastu henpon tu sihat selama 2 hari dan sekali tu bateri abis, terus xbleh on dah…

Amoi kedai repair henp0n tu baru tep0n tadi… Teyn xde tanye banyak, Teyn tanye brape kos nk repair nye… die kate lam rm300..

Lam hati Teyn kata: Hah 300?????

Pastu Teyn katelah kt amoi tu: Hmm xpelah nnti petang sy amik tep0n tu.. Amoi Tanya lagi: u xmau repair ka?

Teyn jawab: xpayahla, baik beli yg baru=.=”

Haizzz sedih betoi…wa sayang henpon tu, wa ckp lu derrr~ Wa beli sendiri pakai duit scholarship tu…uwaaaa sedihnye, ape p0n xbleh~

p/s: Kesian mak sy sbb sy pinjam tep0n die wat sementara waktu… ntah bile la nk beli tep0n pulak ni=(

Karangan SPM

Pagi ni time dok termenung sorang2 kat dalam bas sambil merenung masa depan, tetiba teringat pasal SPM dulu..teringat pulak karangan English yg Teyn tulih dulu~

Hahaha korang nak tau x ape Teyn merepek dalam paper tu??

Teyn wat citer rekaan imaginasi sendiri… Teyn ni lau imaginasi2 ni mmg tinggi mengalahkan gunung Everest… Kesian pemeriksa paper tu mesti penin bace karangan tu…

Karangan tu pasal sorang budak ni bername teynteyn (hahaha xkenal sape tah budak tu). Pada suatu pagi die bangun tido rase sejuk sgt, hingga menggigil tulang kaki=.=” Pastu pelik la kan awat sejuk sgt, bukan kat oversea ponn.. Die pon pgi la kat ruang tamu tgk family die semue tengah tengok Malaysia Hari Ini kat TV3, pastu die pegi bukak pintu, nak tau nape sejuk sgt tdi.. Ce korang teka nape sejuk??? Ala sebab hujanlah, ape lagi, adoyai~ Tapi lam karangan ni bukan hujan biase tau, tapi HUJAN GULA2 wa cakap lu derrrr~ ye HUJAN GULA GULA, saya ulang…hahaha. Gula- gula tu warna warni plak tu (ala2 skittles), turun seperti coklat mencurah-curah ke ladang gandum=.=”

pinjam kat pakcik google

Bila tengahari, hujan gula2 tu pon berhenti dan cuaca bertuka jadi panas.. so, gula2 tadi semue jadi cair dan melekat la kat dinding2 n atap2 rumah. Xpasal2 rumah semua jadik warna-warni dek gula2 yg cair ni… budak tadi dan keluarga beliau pon ape lagi, ambik gamba posing2 la=.=” Pastu bile dah malam, hujan turun lagi… Hujan tu menyebabkan gule2 yg melekat2 kat dinding n atap rumah tu semue terbasuhhh… Esok pagi die tengok semue rumah dah kembali putih normal seperti biasa~

Hah gitulah karangan English SPM teyn(yg diringkaskan n ditranslate lam bahase melayu la).. hahaha citer ni mmg xlogik langsung, merapu je lebih same macam entry2 Teyn dalam belog ni=.=” Agak2 sape la pemeriksa kertas Teyn hahaha nasib pemeriksa baik hati bagi result yg okayyy sgt2 (I lap u pemeriksa kertas=.=”)

Korang plak tulis pasal ape?? Ke korang dh xingat? Hihihi

p/s: Lepas ni buat novel pasal hujan chewing gum la pulak… hahaha kompem xda org mau beli novel tu, buang duit~ haha

Thursday, June 9, 2011

Main masak-masak cupcake


Haa nampak kat atas tu?? cupcake yg comey2 tu... Ntah ape mimpi petang2 yang syahdu ni nak cite resipi cupcake pulok..(Hormon x menentu menyebabkan mood berubah kot haha) Nak wat cupcake nih senang je derrr (hahaha riak sangat ckp senang, japgi hangit padan muke=.=")
Okeh... tuan2 dan puan2, sediakan kertas dan pen masing2 ye~ xpayah pon xpe, leh ingat ni, terrarrr la katekan~

Ni bahan2 nye (cukup untuk 12bijik cupcake)
150g butter, 150g gula castor, 175g tepung serbaguna (kira serba boleh la ni), 3 biji telur (telur ayam ye..), 1 sudu besar esen vanilla, kalau nk perasa coklat letak la 2 sudu besar koko, kalau nk perasa lain pepandai lah tambah ape yang patut ye~

Hah, semua dah ade? Ok, skang pukul telur tu, xyah smpai kembang, smpai die mix je. Pastu ambik semue objek2 lain tadi korang campur kan je pastu kacau smpai sebati (kirenye sampai diorang semue ni kamceng la=.="). Lepas dah ser0n0k kacau tu, sile lah ye masukkan dlm papercup.. Kite bakor je pada suhu 180C dalam 10 minit camtu... siap!!!

Senang je kan... ni time sambil tengok cite nora elena pon korang bleh buat, xpayah tunggu iklan pon boleh haha... Ape2 pon good luck dan selama mencuba ye!

p/s: sape yg try tu komen lah ye...hihihi kot2 xjadi mampuihhhh aku=.="

Hai nama saya LIKE

pinjam photobucket a.k.a baldi gambar punye

Korang semue mestila tau facebook tu objek ape kan?? Facebook adalah sejenis objek tumpul(xde kene mengene)… Korang mesti ade facebook kn, ape kate kalau korang tekan LIKE kat tepi tuuu------à

Ni bukan ape, nak mengarut kat korang pasal Facebook punye LIKE ni (ala2 tukang karut dikir barat tu)…. Baru je minggu lepas, ade kes mak bapak obsess ngan fb pegi create page siap2 tuk baby kat dlm perutnye tu (Ha ha ha nasib baik dh kene tutup fb nye tu..byk kene kritik kot, xtahan makan dalam la tu=.=”) Ade pulok sorang pakcik arab mesir nih bagi nama anak die Facebook Jamal Ibrahim (sedap x sedap x? xsesuai en en… agk nye die jmpe bini die lam fb kot, tu yg semangat bkobar2 letak name ank gitu>.<)

Nak dijadikan cerite ade pulok satu pasangan dari Israel nih bagi name baby diorang name LIKE. Ye serius ni, LIKE yg kt dalam Facebook tu wa cakap lu derrr~ Katenye konon nk cari name yang modern n inovatif gitu…=.=” Skang ni baby yg bernama LIKE tu setiap hari dpt 40 org like dia lam fb n beratus2 friend request.. (wahhh kalah kak limah yg glamour tu tau…tergugat2 hehe) Haaa pas ni kite tggu orang name poke pulak ye~

p/s: ape pendapat korang bg name pn facebook ni? Ce komen ce komen... Sekali lagi pesanan penaja, rajin2la kan diri anda tekan button like kt tepi tu-----à

jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri~~ (xsabit=.=”)

Tuesday, June 7, 2011

Babi pulok!

Selamat Hari Raya!! (tetiba je padahal raya lambat lagi, xsabar la tu konon)


Setiap pagi Teyn mesti jampi plawok plawok plawok supaya idea nk tulis entry dtg seperti coklat mencurah-curah ke ladang gandum…

Okay, berbalik kepada raya, mesti la ramai orang dok sebok berebut2 shopping kat sogo yang diskaun sepanjang masa tu kan… hehehe…

Gini citernye, beberapa hari yang lepas Teyn ade la pegi shopping belt baru dekat kl~ Teyn slalu kalau nk beli belt baru, mesti Teyn belek dulu kat bahagian belakangnye.. (Nak watpe belek yg belakang, org nk tgok yg depan je lawo ke x) Tujuannye, utk check die ade tak bintik tiga (kulit babi) atau x~~ Memang la die x tulih kat situ pig skin lining ke ape, tp kite kene check jugak (kan mencari yg halal tu fardhu..ececeyh tazkirah plak ni) Teyn dh slalu sgt terkena, tgk belt tu cntik sgt2, check2 kat blakang ada bintik tiga plak, spoil betoi~ Xkesah la kedai cina ke melayu ke, Teyn slalu terjumpa bintik tiga ni kat belt n kasut terutama yg jual belt 5-10hengget tu…

Baik korang check balik barang2 korang tu kot2 korang xprasan~ Babi tu memang xharam(xberdosa) kite pegang tp die kan najis berat, so kene samak~~ Kalau korang xprasan, pastu korang pakai bawak solat smue, kan haru gitu=.=” nayaaa~~~

p/s: berhati2 lah di jalan raya dan berhati2 lah ketika shopping raya hehehe.. Hah tengok oing2 angrybird melompat2 kat bawah ni=.="

PhotobucketPhotobucket

Monday, June 6, 2011

Besar punya!

Hai2 selamat pagi pakcik2 makcik2 semuaaaa... Sape yang kerja tu mesti pagi2 dh bukak n menghadap komputer... Haa, korang pernah x terpikir cmne la agaknye rupa hard disk (yang dlm cpu tu) pertama dicipta? nk tau x? nk tau x?
Nah tengok gamba kt bawah ni ha~

BESARRRRR PUNYAA~~~ hahaha... tgk2 gamba siap black and white lagi, memang klasik nasional betoi~

Hard disk pertama di dunia ni dikuarkan pade September 1956 oleh IBM, bernama 305 RAMAC.
Ce korang teka ce korang teka harga dia berapa??? Salah! Harga dia $250,000 ye~ (orang kaya pon dok pikir 47 kali nk beli ke x) dah la capacity nye 5MB je pastu berat smpai 1 tan, guane nk angkat tu???=.="

Ce korang compare ngan hard disk skarang ni ha~~
Tu diaaa jauh berbeza kannn...agaknye 50tahun akn datang hard disk punye saiz lebih kecik dari taik idung kot=.="

p/s: jangan dilupekan yang lame, kalau x xdela yg mcm skarang kite pkai ni... huhuhu.. haa, satu lagi... henpon teyn tu, memule teyn on ok sihat je selama 2 hari, pastu tetibe semalam abis bateri, terus xleh on..uwaaaaT.T

Saturday, June 4, 2011

Malu2 meow

Teyn tgh malu2 meow mcm mambang kuning kat atas ni... Tgk pipi teyn pon ade bulat merah jugak=.=" Ni semue gara2 nama Teyn disebut kat dalam belog Bro Framestone, otai belog a.k.a org lama tu!! segan i tauuuuuu~~~
Meh tengok post tu, pasal korek-korek.. haa korek ape ye??? otak korang jangan la plak jadi kuning mcm mambang kuning kat atas tu ye~

p/s: huhu terharu sungguh name disebut oleh otai belog...terharu sampai rasa mcm nk cium2 kak limah!

gemok gendut tembam bulat




Salam kepada makcik2 pakcik pembaca belog sy yg comey lote nihhh (start dah perasan=.=”) Haaa klau tgok tajuk pon dh tau dh Teyn nk merepek pasai apa, mesila pasal GEMOK!!!!! Korang semua tau x yg 16.8 juta rakyat Malaysia yg comey mempunyai masalah kegemukan dan 8.4 juta daripadanya diketegorikan sebagai 'obese.' Hah korang xyah nk wat terkejut berok sgtla, wat relex je, masalah gemok2 ni kan masalah sedunia derrr=.=” Ala, kan kiut klau gemok…pipi tembam rase nk cubit, gebu lagi tu hihihihi

3 punca terrrrrrlebih(secara x sengaja la tu) berat badan org Malaysia nih


1) Xpayah lah kot nk menyalak bising suruh jaga berat badan, semua org dh tau tu… Tp masalahnye, kmu2 ni xtau cara betoi nk jaga berat badan. Kira ilmu x cukup la psl slimkan badan ni. nanti korang leh menuntut ilmu ngan mak dara selama 5 hari 4 malam(macam pakej percutian) supaya selimmmmm mcm kak engku=.=”). Tapi korang janganla salahkan pakcik2 makcik2 dekat Kementerian Kesihatan Malaysia sbb x ajar korang (cian diorang byk keje~~), kesihatan tu kan tanggungjawap masing, pandai2la ye..(lu pikir la sendiri)


2) Target turunkan badan xmasuk akai!! Korang ingat senang ke nk turunkn berat bdn?? Susah tau~~ (lainlah klau korang pegi sedut lemak2 yang ada pkai vacuum kat umah masa cuti hujung minggu=.=”) Dah tau susah, tp semua nk kurangkan lemak dengan cepat…guane tu?? Pastu tunggu sminggu -2minggu berat x turun, tros putus asa~~ Haiyo, mmg x slim2 la mcm gitu >.<

3) Mudah tertipu org2 Malaysia nih… Ske sangat la korang borong smpai 3 plastik barang utk slimming tu (kurangkanlah penggunaan plastik tuuu..save the environment (xsabit)). Jangan nk pecaya sgtla dgn gamba before n after tuuu… mu ingat smue tu xbuleh photoshop ke??? Tu la nk jalan mudah je nk kuruskan bdn… produk2 tu bukan nye dpt kuruskan badan korang klau korang still melantak smpai 7pinggan skali makan (smpai kikis2 buntut periuk lagi).
Hah bukan ape, diri korang sendiri je yg dpt ubah diri korang… Bak kate peribahasa, dimana ada kemahuan, disitu ada highwayyyy (pandu selamat jiwa selamat-xsabit=.=”)

p/s: nk tau rahsia Teyn yg slim ala2 kak engku ni?? Hihihi.. Dalam seminggu tu, mkn lauk2 je, JANGAN makan nasik LANGSUNG, klau lapa sgt pon, mkn la mee ke, roti ke, spaghetti ke, karipap ke (sedapnye karipap IKEA~) as long as bukan nasik ye! Selamat mencube hihihi

Wednesday, June 1, 2011

Macam macam ada!

Sebelum bace korang kene sebut tajuk tu mcm pakcik astro dulu~

Waa dah 3 hari x wat entry..lame kn, rindu x? rindu x? (perasan la ade org rindu die padahal follower secip0t je =.=”) Biasela blog ni bru setahun tomato eh silap, jagung (dok teringat spaghetti nyum2).

Okay ni nk p0kpek pasal manusia~


Ade la satu hari ni… Company yg teyn tgh keje ni conduct satu forum on business in Pullman… Pastu time registration tu ade la satu pakcik ni dari company ape tah (kitorang smua xpenah pon dgr name company ni) So name die xde lam list n suruh la pakcik ni tulis name die~ Pastu tetibe nk melenting sbb die kene tulis name… die ckp: I don’t want to come uninvited… You all buat kerja n0t pr0fessional… For what purp0se I hire my PA RM6000 per month if u didn’t receive my reply on attendance~ Waaa sr0n0k bt0i pakcik tu marah2 kit0rang, padahal die yg reply last minute, cme nk msuk lam list of guests… Biasela lau orang dh kaye ni nk berlagak je lebih~ Pakcik2, ingat ye kaya tu skelip mate je tuhan bule tarik tau~


Haa ade plak satu ari ni.. Teyn tepon la satu c0mpany ni~~

Dengan ayunye Teyn berkata: Hello boleh sy bercakap dgn En. Usop ( Nama hanya rekaan semata2, xde kene mengene dgn yg hidup atau pon yg mati mahupun si usop wilcha soley2).

Teyn: Sy nk confirmkan ade x En. Receive e-mail invitation kami untuk present project status?

En. Usop tu p0n tetibe nk naek angin kus-kus ckp: Projek sy ni dh tutup lame dah! Kenapa nk kena present lagi!!?

Teyn: Erm, macam nil ah ye En. Nnti sy confirmkan semula dgn officer lain pasal project En. (tapi dia asyik dok ulang projek ni dh lama dh tutup~ =.=”)

En. Usop: Bukan dengan u ke yg I close project tu?

Teyn: Maaf En. Saya ni baru kat sini, saya intern kat sini~ nanti sy tanya colleague sy ye~

En. Usop: Ohhh ok la klau mcm tu…

Nasib baik Teyn sabar… kalau die menyalak, Teyn pn menyalak kan xjadi cerite~ Budi bahasa budaya kita tau (xsabit)

Pastu 1 lagi cite… Pagi tdi time naik bas Teyn dok sebelah makcik ni… Dalam bas biasela kan bising… Makcik sebelah Teyn ni tido tapi tetibe je die bangun tgok org blakang pastu marah n jerit: BISINGLA!

o.O Pastu makcik tu sambung tido lagi.. Teyn tengok je (dlm hati kate: makcik ni ngigau ke ape?) Pastu Teyn pon ape lg sambung je la tido dengan aksi kuak lentang kat lam bas tu hingga la smpai kl sentral ( nasib air liur basi x meleleh >.<)

Manusia ni mmg mcm2 kerenah, termasuk la Teyn yg suka merepek meraban ni=.=”

Yang pentingnye kite kene la pandai membawa diri masing2 ye~

Dasat betol entry kali ni panjang berjela ha membebel…

p/s dah2 xlarat nk taip dh ni, lau sesape nk sambung tambah satu page lg boleh je=.=”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Umur belog teyn ni

Daisypath Friendship tickers